Memaparkan catatan dengan label Azizah Binti Mohamad Yusof. Papar semua catatan

Biodata Azizah Binti Mohamad Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kepimpinan Dan Ketokohan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Azizah Binti Mohamad Yusof memperolehi kemahiran awal seni Tekatan Benang Emas daripada warisan ibu dan nenek moyangnya yang banyak menerima tempahan daripada istana, para pembesar dan orang kaya di zaman 50'an serta menjadi mahir dalam mengasilkan tekatan yang bermutu tinggi. Ini merupakan berkat keberanian beliau dalam melaksanakan tempahan-tempahan tersebut.


Pada tahun 1960, beliau telah bergiat aktif dalam Pertubuhan Wanita di Setiawan dan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Air Tawar, Setiawan Perak. Sebagai wanita UMNO yang berkaliber dan berwawasan tinggi, beliau telah dilantik memegang beberapa jawatan dalam Pertubuhan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Diantaranya :

i) AJK Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar
ii) Ketua Wanita bagi Zon Kuala Kangsar
iii)Ketua Biro Kebajikan Wanita Bahagian Kuala Kangsar
iv) Ketua Biro Ekonomi Wanita Bahagian Kuala Kangsar

Beliau juga bergiat cergas dalam Petubuhan PUSPANITA Kuala Kangsar sebagai ahli Jawatankuasa. Selain itu beliau menyumbang tenaga dalam Pertubuhan PEMADAM 94 sebagai Ahli Jawatankuasa. Pua Azizah juga aktif dalam memajukan kampung tempat tinggal beliau iaitu Kampung Padang Changkat. Beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Surau dan telah memimpin masyarakat kampung dan pelopor kepada kerja kebajikan kampung seperti :

i) Ketua Kumpulan Pembaca Surah Yasin
ii) Ketua Kumpulan Marhaban
iii)Ketua Kumpulan Berzanji
iv) Ketua Kumpulan Nasyid

Daya Kreativiti Dan Inovasi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sebagai penekat yang berkreativiti tinggi, Puan Azizah bertindak sebagai guru dan telah mencurahkan ilmu tekatannya kepada pelatih-pelatih Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) untuk melahirkan usahawan-usahawan dan tenaga mahir. Beliau telah ditugaskan sebagai tenaga pengajar bagi memperkembangkan seni kraf tekatan kepada generasi baru.

Pada tahun 1890, beliau dilantik sebagai pemaju Masyarakat dalam Bahagian Kelas Latihan (KLK) KEMAS Kuala Kangsar dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Perak dalam bidang tekatan benang emas selama 12 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai jurutunjuk oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1998. Puan Azizah juga pernah mewakili Malaysia di Pameran Antarabangsa (Asean Centre) di Tokyo, Jepun pada tahun 1984. Di Kompleks Budaya Kraf Langkawi pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai jurutunjuk cara-cara Kemahiran Seni tekatan. Pada tahun yang sama, beliau menyertai Pameran “Creative Cultures” di Singapore World Trade Centre.

Beliau juga pernah menyertai Projek Anak Angkat kepada penuntut-penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1998 serta menyertai Festival Pekan Seni Ipoh III 1998 dan Pesta Kesenian Perak. Dalam meningkatkan kemahiran bidang tekatan, beliau sering melakukan pengubahsuaian dalam seni kraf tekatan yang lebih kontemporari mengikut penawaran dan perkembangan dunia semasa.

Pada tahun 2000, beliau telah menyertai Pesta Kraf dan Seni Negeri Perak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta menyertai Pesta Seni dan Budaya Negeri Perak dan pameran di Lake Town Resort, Bukit Merah sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Perak Darul Ridzuan pada 13 Jun 2000.

Beliau pernah menyertai pameran barangan tekat di Arab Saudi dan melawat Brunei, Indonesia (Bandung), Pulau Christmas, New Zealand dan Australia bagi meningkatkan kepakaran. Beliau menghadiri Eksposisi Kraf Tekstil di Hotel Shang Ri-La, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Yang Di Pertuan Agong yang ke–12 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) pada 27 Jun 2006.

Pada 26-30 November 2006, beliau telah mengadakan lawatan bagi menigkatkan kepakaran dalam bidang seni serta meluaskan perniagaan di Jakarta, Indonesia. Antara produk-produk yang hasilkan oleh beliau mendapat tempat di mata masyarakat tempatan dan Luar Negara adalah seperti set perkahwinan, kusyen, tudung saji, frame gambar, produk-produk cenderamata, kasut tekatan, baju layang tekatan, beg tangan dan jubah.

Pengalaman, Penglibatan Dan Pencapaian  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penglibatan Puan Azizah Binti Mohamad Yusuf dalam memajukan bidang kraf Seni Tekatan Benang Emas telah mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila dilantik sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995 dan dilantik semula berkuat kuasa mulai 1 Disember 2006.

Pada tahun 1998, beliau telah menerima Anugerah Yayasan Kesenian Negeri Perak oleh Yayasan Kesenian Negeri Perak kerana penglibatan beliau dalam kesenian seni kraf tekatan benang emas.

Beliau juga dianugerahkan sebagai Karyawan Perak Sepanjang Zaman pada 18 Julai 1998

Pada Jun 2006, beliau telah menerima Anugerah Usahawan Jaya, oleh Parlimen Kuala Kangsar dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan jabatan-jabatan Kerajaan UMNO bahagian Kuala Kangsar.

Beliau juga dianugerahkan Penghargaan Pelancongan Negeri Perak pada 14 Julai 2007

Beliau juga menerima Anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada 6 Jun 2009 oleh yang dipertuan Agong.

Pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai tenaga pengajar latihan Kemahiran kepada peserta Persatuan Nelayan dan FELDA Peramu, Pahang.

Beliau juga dilantik sebagai tenaga pengajar Latihan KBSM bagi pelajar-pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar pada tahun 1990.

Beliau sentiasa dikunjungi oleh penuntut-penuntut sekolah dan Institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk program Kajian Warisan Kraf Tradisional dari Maktab Rendah Sains MARA, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya.

Pada 6 Disember 2003, beliau telah dijemput sebagai ahli panel program Gebang Seni di Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak, anjuran Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan Balai Seni Lukis Negara dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Perak.

Pada April 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar anjuran Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Pada 15-22 Mei 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan KemahiranTekat di Resort Teluk Batik Lumut, Perak anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM

Jun 2006, calon menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Hotel Orkid, Bandar Hilir, Melaka anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM

Beliau juga pernah dijemput menyertai gerak usahawan peringkat Negeri Perak 2007 da mewakili Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Kuala Kangsar pada 7 hingga 9 September 2007

Beliau dijemput mengadakan demonstrasi Tekatan Benang Emas sempena pameran Authentic Malaysia di Prancis pada 7-13 april 2008

Beliau pernah menyertai Showcase SDSI 2008 di MITC Ayer Keroh, Melaka

Beliau pernah dijemput ke Majlis Perasmian Hari Seniman 2009 dan mengadakan demonstrasi tekatan pada 27 Jun 2009

Beliau pernah mejadi tetamu undangan dalam program masakan ‘Kulinari Daisy Chef Liza 2009’ pada 16 Jun 2009.

Kepimpinan dan Ketokohan Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Hajah Azizah memperolehi kemahiran awal seni Tekatan Benang Emas daripada warisan ibu dan nenek moyang yang banyak menerima tempahan daripada istana, para pembesar dan orang kaya di zaman 50an serta menjadi mahir dalam mengasilkan tekatan yang bermutu tinggi. Ini merupakan berkat keberanian beliau dalam melaksanakan tempahan-tempahan tersebut.

Pada tahun 1960, calon telah bergiat aktif dalam Pertubuhan Wanita di Setiawan dan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Air Tawar, Setiawan Perak.

Sebagai wanita UMNO yang berkaliber dan berwawasan tinggi, beliau telah dilantik memegang beberapa jawatan dalam Pertubuhan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Diantaranya :
  •    AJK Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar
  •    Ketua Wanita bagi Zon Kuala Kangsar
  •    Ketua Biro Kebajikan Wanita Bahagian Kuala Kangsar
  •    Ketua Biro Ekonomi Wanita Bahagian Kuala Kangsar
Beliau juga bergiat cergas dalam Petubuhan PUSPANITA Kuala Kangsar sebagai ahli Jawatankuasa.

Selain itu beliau menyumbang tenaga dalam Pertubuhan PEMADAM 94 sebagai Ahli Jawatankuasa.

Beliau juga aktif dalam memajukan kampung tempat tinggal beliau iaitu, Kg. Padang Changkat. Beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Surau dan telah memimpin masyarakat kampung dan pelopor kepada kerja kebajikan kampung seperti: 
  •    Ketua kumpulan Pembaca Surah Yasin
  •    Ketua Kumpulan Marhaban
  •    Ketua Kumpulan Berzanji
  •    Ketua Kumpulan Nasyid

Kreativiti dan Inovasi Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sebagai penekat yang berkreativiti tinggi, calon bertindak sebagai guru dan telah mencurahkan ilmu tekatannya kepada pelatih-pelatih Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM ) untuk melahirkan usahawan-usahawan dan tenaga mahir. Beliau telah ditugaskan sebagai tenaga pengajar bagi memperkembangkan seni kraf tekatan kepada generasi baru.

Pada tahun 1890, calon dilantik sebagai pemaju Masyarakat dalam Bahagian Kelas Latihan (KLK) KEMAS Kuala Kangsar dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Perak dalam bidang tekatan benang emas selama 12 tahun.

Calon juga telah dilantik sebagai jurutunjuk oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1998.

Pernah mewakili Malaysia di Pameran Antarabangsa (Asean Centre) di Tokyo, Jepun pada tahun 1984.

Bertempat di Kompleks Budaya Kraf Langkawi pada tahun 1995, calon dilantik sebagai jurutunjuk cara-cara Kemahiran Seni tekatan. Pada tahun yang sama , beliau menyertai Pameran “Creative Cultures”di Singapore World Trade Centre.

Beliau pernah menyertai Projek Anak Angkat kepada penuntut-penuntut MaktabPerguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, pada tahun 1998 serta menyertai Festival Pekan Seni Ipoh III 1998 dan Pesta Kesenian Perak.

Dalam meningkatkan kemahiran bidang tekatan, calon sering melakukan pengubahsuaian dalam seni kraf tekatan yang lebih kontemporari mengikut penawaran dan perkembangan dunia semasa.

Pada tahun 2000, beliau telah menyertai Pesta Kraf dan Seni Negeri Perak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur (04-07 Mei ) serta menyertai Pesta Seni dan Budaya Negeri Perak dan pameran di Lake Town Resort, Bukit Merah sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Perak Darul Ridzuan pada 13 Jun 2000.

Beliau pernah menyertai pameran barangan tekat di Arab Saudi dan melawat Brunei, Indonesia (Bandung), Pulau Christmas, New Zealand dan Australia bagi meningkatkan kepakaran.

Beliau menghadiri Eksposisi Kraf Tekstil di Hotel Shang Ri-La, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Yang Di Pertuan Agong yang ke-12 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( KeKKWa ) pada 27 Jun 2006.

Pada 26-30 November 2006, beliau telah mengadakan lawatan bagi menigkatkan kepakaran dalam bidang seni serta meluaskan perniagaan di Jakarta, Indonesia.

Antara produk-produk yang hasilkan oleh calon mendapat tempat di mata masyarakat tempatan dan Luar Negara adalah seperti :
  •    Set Perkahwinan
  •    Kusyen 
  •    Tudung Saji
  •    Frame Gambar
  •    Produk-produk Cenderamata
  •    Kasut Tekatan
  •    Baju Layang Tekatan
  •    Beg Tangan
  •    Jubah
  •    Kasut Tekatan ( Lelaki dan Perempuan )

Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kemahiran pertukangan kraf dan penglibatan beliau dalam memajukan bidang kraf Seni Tekatan Benang Emas telah mendapat pengiktarafan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila dilantik sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995 dan dilantik semula berkuat kuasa mulai 1 Disember 2006.

Pada tahun 1998, calon telah menerima Anugerah Yayasan Kesenian Negeri Perak oleh Yayasan Kesenian Negeri Perak kerana penglibatan beliau dalam kesenian seni kraf tekatan benang emas.

Anugerah Karyawan Perak Sepanjang Zaman pada 18 Julai 1998.

Pada Jun 2006, calon telah menerima Anugerah Usahawan Jaya, oleh Parlimen Kuala Kangsar dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan Jabatan-jabatan Kerajaan UMNO bahagian Kuala Kangsar.

Anugerah Penghargaan Pelancongan Negeri Perak pada 14 Julai 2007.

Menerima Anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada 6 Jun 2009 oleh yang dipertuan Agong.

Sumbangan Azizah Yusof dalam Perkembangan Kraf  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pada tahun1989, beliau dilantik sebagai tenaga pengajar latihan Kemahiran kepada peserta Persatuan Nelayan dan FELDA Peramu, Pahang.

Beliau juga dilantik sebagai tenaga pengajar Latihan KBSM bagi pelajar-pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar pada tahun 1990.

Beliau sentiasa dikunjungi oleh penuntut-penuntut sekolah dan Institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk program Kajian Warisan Kraf Tradisional dari Maktab Rendah Sains MARA, Universiti Pendidikan Sultan Idris , Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya.

Pada 6 Disember 2003, beliau telah dijemput sebagai ahli panel program Gebang Seni di Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak, anjuran Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan Balai Seni Lukis Negara dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Perak.

Pada April 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar anjuran Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Pada 15-22 Mei 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan KemahiranTekat di Resort Teluk Batik Lumut, Perak anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Jun 2006, calon menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Hotel Orkid, Bandar Hilir, Melaka anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Dijemput menyertai gerak usahawan peringkat Negeri Perak 2007. Mewakili Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Kuala Kangsar pada 7hingga 9 September 2007.

Dijemput mengadakan demonstrasi Tekatan Benang Emas sempena pameran Authentic Malaysia di Prancis pada 7-13 april 2008.

Menyertai Showcase SDSI 2008 di MITC Ayer Keroh, Melaka.

Dijemput ke Majlis Perasmian Hari Seniman 2009 dan mengadakan demonstrasi tekatan pada 27 Jun 2009.

Tetamu undangan dalam program masakan ‘Kulinari Daisy Chef Liza 2009’ pada 16 Jun 2009.

Adiguru Kraf Tekatan Benang Emas  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Nama Hajah Azizah binti Mohd Yusuf amat sinonim dengan bidang tekatan yang merupakan kerja tangan yang berasal dari istana kerajaan negeri Perak. Beliau yang dilahirkan pada 28 Januari 1938 di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak berkemahiran menghasilkan kraf tekat sejak usia mudanya. Beliau telah mewarisi kemahiran sulaman tekat ini daripada ibunya, Mahiyah Abdul Majid, seorang tukang tekat mahir ketika itu yang sering mendapat tempahan dari istana. Hajah Azizah mengambil inisiatif memajukan kegiatan menekat dengan membuka bengkel tekatan dan ruang pameran berhampiran rumah beliau. Di samping bekerja keras mengusahakan tekatan benang emas beliau turut bergiat aktif dalam pergerakan politik dan aktiviti kemasyarakatan terutama di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Beliau kreatif memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora kemudian disesuai dengan warna mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Antara reka corak dan motif yang beliau gubah ialah Paku Pakis, Pucuk Rebung, Sulur Bayung, Bunga-Bunga Padi, Anggerik, Asam Batu, Bunga Raya, Kemboja dan Mawar, Awan Larat serta Tulisan Khat. Di atas kewibawaan dan kepakarannya, beliau sering dijemput untuk menjadi tenaga pengajar dan pakar rujuk oleh jabatan dan agensi kerajaan bagi program di dalam dan luar negara dalam usaha memartabatkan seni kraf warisan ini.

Beliau memberikan komitmen sepenuhnya kepada bidang sulaman tekat ini kerana minat dan kecintaannya mendalam serta kehalusan kerja tangannya yang membuatkan beliau sering mendapat tempahan dari pihak istana. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995 di atas usaha gigih beliau dalam memastikan seni kraf ini dipelihara dan dimajukan. Sokongan dan kerjasama dari beberapa agensi kerajaan serta individu menguatkan lagi semangat Hajah Azizah untuk terus memulih dan memelihara seni kraf tradisional negeri Perak ini.

Latar Belakang Kejayaan dan Pencapaian Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Hajah Azizah binti Mohamad Yusof merupakan seorang penggiat dan pencinta seni kraf tanahair terutamanya seni sulaman benang emas yang menjadi warisan turun temurun beliau. Dilahirkan pada 28 Januari 1938 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Berpendidikan Darjah 6, Sekolah Inggeris dan kini pengusaha sulaman benang emas sepenuh masa. Menerima kemahiran dari ibu beliau dan diwarisi kepada dua orang anak beliau yang masih muda. Pernah menjadi guru KEMAS selama 10 tahun dan bergiat cergas dalam aktiviti perkumpulan wanita setempat. Semasa menjadi guru KEMAS, tugas beliau adalah mengajar dan mendidik masyarakat wanita Kuala Kangsar berkenaan teknik-tekik menekat. Rata-rata penduduk kampung mengenali beliau sebagai Cikgu Azizah.

Beliau juga adalah pengerusi perkumpulan wanita di Kuala Kangsar dan setiausaha perkumpulan wanita UMNO bahagian Kuala Kangsar. Keaktifan dan kegigihannya tidak menyekat minat beliau terhadap seni sulaman benang emas. Beliau sering dijemput menyertai pameran-pameran peringkat negara-negara di dunia. Antara pameran-pameran yang disertai adalah pameran dan jualan karnival Singapura, pameran sempena johan karnival, pameran dan jualan di Muzium Ipoh Perak, sempena perasmian Bukit Cahaya Seri Alam, beliau sekali lagi dijemput menyertai pameran dan jualan. Ekspo di Pulau Pinang, beliau juga turut melibatkan diri dalam pameran dan demonstrasi.

Pada tahun 1990, sempena pembukaan muzium Pasir Salak Perak, Puan Hajah Azizah tidak ketinggalan turut serta menyertai pameran, manakala Universiti Malaya juga turut mengundang Puan Hajah Azizah dalam demonstrasi sempena konvokesyen universiti tersebut. Kejayaan utamanya adalah jemputan Ekspo Malaysia di Tokyo, Jepun pada tahun 1984 anjuran LPPM.

Latihan-latihan juga turut diberikan secara non-formal kepada beliawanis Malaysia secara tidak rasmi selama 6 bulan setiap tahun anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Kejayaan inilah menjadikan Puan Hajah Azizah popular dan sering menerima tempahan dari orang awam dan juga pembesar-pembesar negara antaranya, muzium-muzium di seluruh negara, LPPM dan negara Brunei Darul Salam.

Kegigihan inilah menjadikan Puan Azizah dilantik sebagai Adiguru Kraf oleh pihak PKKM. Beliau juga berjaya memberi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan sepenuhnya kepada anak-anak beliau. Kelapan-lapan anak beliau adalah graduan universiti dan mempunyai pekerjaan masing-masing. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan kedai khas untuk jualan barangan cenderamata, jahitan dan kraf iaitu Gesamas Sdn. Bhd yang bertanggungjawab mengendalikan tempahan dan pemasaran barangan tekatan sulaman benang emas atau tekatan.