Sumbangan Azizah Yusof dalam Perkembangan Kraf  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pada tahun1989, beliau dilantik sebagai tenaga pengajar latihan Kemahiran kepada peserta Persatuan Nelayan dan FELDA Peramu, Pahang.

Beliau juga dilantik sebagai tenaga pengajar Latihan KBSM bagi pelajar-pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar pada tahun 1990.

Beliau sentiasa dikunjungi oleh penuntut-penuntut sekolah dan Institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk program Kajian Warisan Kraf Tradisional dari Maktab Rendah Sains MARA, Universiti Pendidikan Sultan Idris , Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya.

Pada 6 Disember 2003, beliau telah dijemput sebagai ahli panel program Gebang Seni di Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak, anjuran Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan Balai Seni Lukis Negara dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Perak.

Pada April 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar anjuran Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Pada 15-22 Mei 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan KemahiranTekat di Resort Teluk Batik Lumut, Perak anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Jun 2006, calon menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Hotel Orkid, Bandar Hilir, Melaka anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Dijemput menyertai gerak usahawan peringkat Negeri Perak 2007. Mewakili Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Kuala Kangsar pada 7hingga 9 September 2007.

Dijemput mengadakan demonstrasi Tekatan Benang Emas sempena pameran Authentic Malaysia di Prancis pada 7-13 april 2008.

Menyertai Showcase SDSI 2008 di MITC Ayer Keroh, Melaka.

Dijemput ke Majlis Perasmian Hari Seniman 2009 dan mengadakan demonstrasi tekatan pada 27 Jun 2009.

Tetamu undangan dalam program masakan ‘Kulinari Daisy Chef Liza 2009’ pada 16 Jun 2009.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan