Memaparkan catatan dengan label Zulkafly Bin Pandak Bedin. Papar semua catatan

Komitmen Yang Tinggi Dalam Memartabatkan Seni Kraf Warisan Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran

Beliau merupakan seorang yang berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan produk kraf tembikar. Beliau juga turut mengikuti program dari pihak –pihak terbabit seperti Kursus Kraftangan Malaysia dan lain – lain agensi berkaitan.

Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan

Faktor pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pembutan tembikar ialah beliau mahu memartabatkan seni kraf warisan ini dikalangan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat melayu.

Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan kemahiran

Encik Zulkafly bersedia menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, mengajar serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat. Dalam usaha memastikan seni kraf  diteruskan di kalangan keluarga, beliau juga turut menurunkan kemahiran seni kraf pembuatan tembikar ini kepada anak perempuan dan lelaki beliau. Encik Zulkafly seorang yang bersungguh-sungguh di dalam mempertahan serta mengekalkan produk kraf warisan daripada pupus atau dilupakan. Oleh sebab itu beliau telah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak untuk melatih dan mengajar belia da beliawanis yang menganggur dan berminat dengan kraf. Disamping itu juga, beliau menunjukkan kesungguhan untuk terus meningkatkan kemahiran dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mendapatkan maklumat terbaru di dalam seni pembuatan produk kraf tembikar melalui pembacaan dengan bantuan buku-buku yang terdapat di perpustakaan Cawangan Perak.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Beliau juga pernah menyertai demonstrasi dalam program anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Perak sebagai juru demo dalam pembuatan kraf tembikar.

Menjadi pakar rujuk

Beliau juga sentiasa menyokong serta menjayakan aktiviti Kraftangan Malaysia dengan memberi khidmat penerangan dan tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke bengkel beliau untuk mempelajari teknik-teknik asas dalam pembuatan tembikar.

Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan -Zulkafly  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penghasilan karya / rekacipta

Encik Zulkafly in Pandak Bedin menghasilkan karya beliau yang tersendiri dalam penghasilan Produk Tembikar merupakan salah seorang pembuat tembikar yang masih aktif di Negeri Perak.
Rekacipta keluaran produk tembikar beliau mempunyai tarikan tersendiri dan sentiasa mendapat tempat dikalangan penggemar kraf tempatan. Buktinya beliau seringkali mendapat tempahan untuk menghasilkan produk tembikar dari pengunjung yang berkunjung ketempat beliau.

Tahap penghasilan karya / rekacipta

Pasaran Khusus (Niche market)
Tembikar yang dihasilkan beliau mendapat tempat oleh pengusaha-pengusaha seramik di luar negeri Perak dan sehingga kini terdapat 3 pengusaha yang yang sering memasarkan terbikar yang dihasilkan oleh beliau.

Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter)
Produk rekaan Encik Zulkafly bin Pandak Bedin mempunyai keunikkan yang tersendiri. Walaupun beliau merupakan salah seorang pengusaha kraf tembikar yang masih aktif di Perak, produk beliau juga menjadi ikutan kepada pengeluar tembikar yang lain.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Encik Zulkafly juga seiring dengan pembangunan negara dimana beliau tidak menolak pembaharuan dalam penghasilan produk kraf keluaran beliau. Beliau sentiasa menerima idea – idea baru terutamanya daripada pihak pelanggan untuk mempelbagaikan reka bentuk tembikar serta kaedah yang dapat mengeluarkan produk secara cepat. Encik Zulkafly juga sentiasa berkerja keras untuk meningkatkan pengeluaran tembikar yang dihasilkan oleh beliau . Melalui inovasi mesin dan peralatan yang digunakan, beliau berjaya meningkatkan jumlah pengeluaran disamping menjimatkan masa.

Pengiktirafan dan pencapaian

Pengiktirafan ke atas kepakaran
Meskipun telah menceburi bidang pembuatan kraf pembuatan tembikar ini selama 38 tahun, beliau masih belum pernah menerima sebarang pengiktarafan.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
Selama 38 tahun, beliau masih belum pernah menerima sebarang pengiktarafan.

Pencapaian kerjaya
Sepanjang 38 menceburi bidang pembuatan tembikr, Encik Zulkafly telah menubuhkan syarikat beliau sendiri. Beliau juga mempunyai bengkel kraf sendiri dengan bantuan Kraftangan Malaysia dan mampu membeli kesemua peralatan pengeluaran dengan hasil titik peluh beliau sendiri..

Dokumentasi
Produk yang dihasilkan oleh Encik Zulkafly belum mendapat liputan mana-mana media lagi

Biodata Zulkafly Bin Pandak Bedin  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :