Memaparkan catatan dengan label V.N Ramadas a/l Vengdasalam. Papar semua catatan

Tembikar Seramik Ramadas  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Encik Ramadas membuat pelbagai jenis barangan tembikar untuk jualan, seperti periuk masak, bekas hidang makanan, tempayan air, pasu bunga, bekas minyak, barangan kegunaan beribadat, pasu hiasan dan lain-lain. Beliau juga menerima tempahan bentuk dan corak yang tersendiri daripada para pelanggan. Kemahiran dan pengetahuan Encik Ramadas dalam bidang seni tembikar iaitu satu tradisi dan warisan yang kita patut hargai dan kagumi. Pada zama moden abad ke-21, seni tradisional amat sukar diteruskan. Tetapi kita perlu menaruh harapan dan mendoakan semoga seni indah Encik Ramadas ini akan berteruskan dengan diwarisi kepada anak-cucu beliau. 



Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

En. Ramadas menurunkan kemahiran yang dimilikinya melalui latihan yang diberikan kepada 5 orang pembantunya terdiri daripada ahli keluarganya (isteri, anak dan menantu). 
Tenaga pengajar penuntut dari Universiti Teknologi Mara dalam program Latihan Industri sejak tahun 1990 hingga kini. 
Beliau juga turut menurunkan kemahiran kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi perusahaan kraf seramik india. Usaha beliau berhasil apabila salah seorang pekerjanya membuka kilang seramik di Jasin, Melaka. 

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu 
Dilantik sebagai juru tunjuk dan juru demo dalam kraf seramik india bagi program Pembagunan Usahawan anjuran Kraftangan Malaysia sejak tahun 2009. Beliau juga sering mengikuti aktiviti pembangunan anjuran Kraftangan Malaysia. Antara aktiviti yang disertai beliau adalah seperti Hari Kraf Kebangsaan (sejak tahun 2009), Promosi Kraf Seramik Promosi Kraf Hasil Rimba Promosi Kraf di peringkat negeri Bengkel Bimbingan dan Teknikal. 

Menjadi pakar rujuk
En. Ramadas menjadi sumber rujukan di kalangan tukang kraf seramik india setempat dalam meningkatkan kemahiran pertukangan dan teknik. 

Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran 
Beliau merupakan seorang yang berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan produk baru ciptaannya serta keusahawanan dengan mengikuti program yang diadakan oleh pihak tertentu.

Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan 
Faktor mendorong beliau supaya terus berada dalam industri seni kraf seramik india ini ialah beliau mahu memastikan seni pembuatan tradisional ini menjadi salah satu seni yang dikenali dan dihargai di kalangan masyarakat khususnya masyarakat india. 

Penyertaan dan kegiatan dalam masyarakat setempat 
Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kuil di kawasan penempatannya sejak tahun 1990 hingga kini. Sekitar tahun 1981 hingga 1982, beliau dilantik sebagai Pengetua Kelab Belia Tamil kawasan Asam Jawa.

Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penghasilan Karya / Reka Cipta
En. Ramadas berkemahiran dalam pembuatan seramik india yang diwarisi oleh ayahnya yang merupakan pakar dalam pembuatan seramik india.

Pasaran Khusus (Niche market) 
Kini, En. Ramadas sentiasa mendapat tempahan dari seorang pemborong yang membekalkan seramik india ke Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Karya / Reka Cipta yang menjadi ikutan (trend-setter) 
Produk seramik india yang dihasilkan beliau sering menjadi ikutan oleh tukang kraf seramik india setempat. Antara produk yang menjadi ikutan adalah seperti labu air, buyung air dan buyung kontemporari (hiasan).

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta 
En. Ramadas turut menggunakan alatan moden dalam proses membuat seramik india kerana alatan ini dapat mempertingkatkan lagi proses kerja di samping menjaga kualiti produk. Pada masa yang sama juga beliau menggunakan kaedah tradisional di dalam pembuatan seramik india ini. Kraftangan Malaysia memberi bantuan berupa mesin Potter's Wheel untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan kuantiti seramik india yang dihasilkan oleh beliau.

Pengiktirafan dan Pencapaian 
Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011.
Anugerah Usahawan 1982 anjura Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pencapaian Kerjaya
  • Sepanjang menceburkan diri dalam perusahaan kraf seramik india, En. Ramadas telah berjaya menubuhkan sebuah bengkel dengan lima (5) orang pembantu di kalangan ahli keluarga.
  • Perusahaan beliau telah mendapat perhatian dari pihak Kraftangan Malaysia apabila beliau telah menerima bantuan berupa sebuah bengkel beserta peralatan (Potter's Wheel).
  • Hasil jualan beliau sepanjang tahun 2011 sebanyak RM 37,680.00, manakala sehingga September 2012 sebanyak RM 41,445.00. 
Dokumentari
Kemahiran En. Ramadas sering mendapat liputan media cetak dan elektronik seperti dari akhbar Utusan Malaysia, Kosmo, TV1 dan TV2 dan TV3.

Biodata V.N Ramadas a/l Vengdasalam  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Pelantikan Adiguru Kraf 2012 - V.N Ramadas a/l Vengdasalam  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :