Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Johnny a/k Barangan
Menurunkan kemahiran
Kecintaan beliau dalam bidang pembuatan Parang Ilang ini telah mendorong beliau untuk memberi latihan, mengajar atau mewariskan kemahiran dan kepakaran kepada kepada penduduk tempatan yang berminat.
Menjadi pakar rujuk
Bersandarkan kepada kemahiran dan kepakaran beliau, menjadikan Encik Johnny ak Berangan sebagai sumber rujukan dalam pembuatan parang oleh pihak-pihak tertentu.
Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran
- Bagi menjaga kualiti pembuatan ‘parang ilang’ yang dihasilkannya, Encik Johnny ak Berangan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perusahaan beliau dari semasa ke semasa.
- Beliau juga tidak lokek menurunkan kemahirannya kepada golongan muda yang berminat untuk mempelajari cara dan bagaimana membuat ‘parang ilang’ ini.
- Penyertaan dan kegiatan dalam masyarakat setempat Encik Johnny ak Berangan bergiat aktif dalam setiap aktiviti kemasyarakat yang dianjurkan dikampung beliau.
Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Johnny a/k Barangan
Tahap penghasilan karya / reka cipta
- Johnny ak Barangan merupakan seorang pengusaha pembuatan parang ilang atau ‘mandau’. Parang ilang merupakan antara senjata yang digunakan suku kaum Iban, Kenyah dan Kayan di Sarawak.
- Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.
- Selain menjadi senjata, parang ilang juga digunakan sebagai alat persembahan tarian ketika upacara-upacara adat.
- Mata parang ilang diperbuat daripada besi. Ia dibentuk dan dihias dengan ukiran serta lapisan tembaga.
Eksklusif
- Kemahiran beliau dalam pembuatan parang ilang ini telah mendapat tempat di kalangan orang ramai dan beliau turut menerima tempahan dari luar negeri Sarawak.
- Beliau juga pernah menjual parang tersebut kepada pelancong German dan Brunei. Semasa perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2012 tempoh hari DYMM Sultan Selangor turut berminat dengan hasil buatan parang ilang beliau.
Pasaran Khusus (Niche market)
Parang ilang dibuat dan digunakan sebagai cenderamata kepada orang-orang kenamaan. Selain daripada itu tempahan parang ilang sering diterima daripada orang-orang awam untuk kegunaan sendiri serta simpanan mereka.
Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Encik Johnny turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni pembuatan Parang Ilang. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan alatan ini dapat menpercepatkan proses pembuatan, namun kualiti dan keindahan parang ilang masih terus dikekalkan.
Pengiktirafan ke atas kepakaran tokoh
Beliau telah menerima anugerah khas Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011
Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta tokoh
Tempat pertama pertandingan kraf terbaik kategori logam semasa Hari Kraf Kebangsaan 2012.
Pencapaian Kerjaya
Hasil jualan produk kraf beliau pada tahun 2011 sejumlah RM17,965.00, manakala sehingga September 2012 sebanyak RM59,020.00.
Dokumentasi
- Kemahiran yang dimiliki beliau tidak hanya mendapat perhatian penduduk setempat malahan turut menarik minat media bagi tujuan pulisiti berkaitan seni dan budaya. Cerita dan artikel berkaitan beliau sering dan turut dimuatkan dalam Berita harian, Utusan Sarawak, Utusan Malaysia dan media-media tempatan Sarawak.
- Selain itu, bengkel beliau turut dikunjungi oleh pelbagai pihak terdiri daripada pelajar universiti, sekolah, pelancung dalam dan luar negeri serta peminat seni budaya untuk mendapatkan maklumat cara dan bagaimana ‘parang ilang’ dibuat.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin