Memaparkan catatan dengan label Lim Swee Kim. Papar semua catatan

Estetika Kebaya Nyonya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :



Adiguru Sulaman Jadi Tumpuan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :



Sumber : Berita Harian, 9 Oktober 2012 @ Selasa, NASIONAL m/s 11

Biodata Lim Swee Kim  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kepimpinan dan Ketokohan Lim Swee Kim  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Lim Swee Kim yang dilahirkan di Kelantan pada 17 Jun 1933. Setelah berkahwin beliau menetap di Pulau Pinang dan mengusahakan sulaman bagi menambah pendapatan keluarga.

Mula mempelajari seni sulaman sejak beliau berusia 8 tahun. Kepakaran menyulam diwarisi daripada ibunya. Beliau menguasai kemahiran menyulam pada usia 15 tahun dan sejak itu beliau menceburi bidang ini secara sepenuh masa.

Beliau berpindah ke Pulau Pinang mengikut suami dan meneruskan kerjaya menyulam bagi menambah pendapatan keluarga. Beliau menyulam pakaian, cheongsam dan juga kebaya.

Pada tahun 1965 beliau dibantu oleh beberapa orang pekerja bagi menyiapkan tempahan sulaman yang semakin bertambah. Permintaan terhadap sulaman mula berkurang sekitar tahun 1985 namun demikian keadaan ini tidak pernah mematahkan semangat beliau.

Pada tahun 2000 apabila Buku Kebaya Nyonya dilancarkan oleh YAB Datin Seri Endon Mahmood permintaan terhadap kebaya kembali meningkat. Beliau menerima tempahan sebanyak 20 helai kebaya setiap bulan.

Kreativiti, Pegalaman, Penglibatan dan Pencapaian Adiguru Sulaman Nyonya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Lim Swee Kim mahir menyulam pada usia remaja. Dengan menggunakan mesin kaki, beliau menyiapkan tempahan baju, cheongsam dan kebaya bersulam mengikut kehendak pelanggan.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 1,000 rekaan motif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bunga, binatang, buah-buahan dan juga abstrak.

Pada tahun 2005 beliau pernah mendapat anugerah daripada Muzium Singapura.

Kemahiran beliau juga turut dimuatkan di dalam Buku Kebaya Nyonya yang dihasilkan oleh YAB Datin Seri Endon Mahmud.

Mercu tanda kejayaan beliau adalah kejayaan kedai sulamannya iaitu Kim’s Fashion yang terletak di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Beliau turut mendapat liputan publisiti melalui media masa tempatan.

Sumbangan Lim Swee Kim Kepada Industri Kraf dan Masyarakat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri daripada beliawanis yang datang dari seluruh negara. Selama lebih empat dekad beliau telah melatih lebih daripada 50 pelajar dan ada di antara mereka yang telah menjadi pengusaha sulaman.

Beliau juga pernah memberi tunjuk ajar sulaiman kepada pelajar dari luar negara seperti Korea Selatan, Jepun, Mongolia, Afrika can Amerika Syarikat. Pada tahun 2004 beliau telah menerima seorang pelatih dari Amerika Syarikat yang berjaya menguasai kemahiran menyulam dalam masa dua minggu. Dr. Jesicca Krakow belajar selama 8 jam setiap hari dengan bimbingan Puan Lim. Beliau berjaya menyulam sehelai baju kebaya sebelum berlepas pulang ke Amerika Syarikat.

Beliau menjadi jurutunjuk sulaman kepada kumpulan Pelatih dalam Skim Perantisan Kraf Warisan anjuran Kraftangan Malaysia.

Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood juga di antara pelanggan kenamaan Puan Lim yang selalu membuat tempahan kebaya. YAB Datin Seri Endon juga yang banyak memberi dorongan dan inspirasi kepada Puan Lim meneruskan kerjaya warisan ini.

Adiguru Kraf Sulaman Nyonya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sulaman Nyonya sering menghiasi baju kebaya yang menjadi pakaian wanita keturunan Baba. Salah seorang pakar sulaman ini ialah Lim Swee Kim yang dilahirkan di Kelantan pada 17 Jun 1933. Setelah berkahwin beliau menetap di Pulau Pinang dan mengusahakan kerjatangan sulaman ini bagi menambah pendapatan keluarga. Mula mempelajari seni sulaman sejak beliau berusia lapan tahun dan mewarisinya daripada ibu beliau. Pada usia 15 tahun beliau telah menguasai kemahiran menyulam dengan menggunakan mesin jahit kaki dan sejak itu beliau menceburi bidang ini secara sepenuh masa. Sepanjang tempoh penglibatannya, beliau telah menghasilkan lebih 1,000 rekaan motif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bunga, binatang, buah-buahan dan juga abstrak.

Beliau turut memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri daripada beliawanis yang datang dari seluruh negara. Selama lebih empat dekad beliau telah melatih lebih daripada 50 pelajar dan ada di antara mereka yang telah menjadi pengusaha sulaman.

Beliau juga pernah memberi tunjuk ajar sulaman kepada pelajar dari luar negara seperti Korea Selatan, Jepun, Mongolia, Afrika dan Amerika Syarikat. Pada tahun 2004 beliau telah menerima seorang pelatih dari Amerika Syarikat (Dr. Jesicca Krakow) yang berjaya menguasai kemahiran menyulam dalam masa dua minggu. Lim Swee Kim telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Sulaman Nyonya pada tahun 2006 oleh Kraftangan Malaysia bagi menghargai sumbangan yang diberikan.