Pengukir Pertahankan Warisan Bangsa
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Norhaiza Bin Noordin
Berkemahiran Dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan-Norhaiza
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Norhaiza Bin Noordin
Tahap penghasilan karya / reka cipta
Encik Norhaiza bin Noordin merupakan seorang pengukir kayu tradisional yang terkenal bukan sahaja di Negeri Terengganu malahan sehingga ke peringkat antarabangsa. Berdasarkan minat yang mendalam dalam bidang ukiran kayu beliau telah mempelajari dan mendalami bidang ini dengan berguru kepada seramai 6 orang pengukir kayu tersohor di Negeri Kelantan dan Terengganu iaitu Allahyarham Wan Su (Tokoh Seni Negara), Allahyarham Tengku Ibrahim(Tokoh Kraf Negara), Wan Mustafa, Allahyarham Rahman Long, Latif Long dan Allahyarham Nik Rashiddin. Pada masa kini lenggok dan gaya ukiran beliau telah pun dikenali serta mempunyai identiti tersendiri.
Eksklusif
Hasil karya ukiran kayu yang dihasilkan beliau sering mendapat tempat di hati peminat ukiran daripada orang-orang kenamaan, pihak istana, jabatan dan agensi serta orang perseorangan untuk diabadikan di kediaman dan bangunan.
Justeru kehalusan dan ketelitian dalam setiap hasil ukirannya, tempahan yang diterimanya kini bukan hanya dari dalam negara malahan juga dari luar negara.
Berikut merupakan di antara tempahan - tempahan ukiran yang pernah dihasilkannnya:
- Menghasilkan tempahan panel ukiran kayu ayat kursi Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya
- Menghasilkan tempahan ukiran kayu peti ibadat Sultan Brunei
- Menghasilkan tempahan hiasan ukiran kayu di Istana Hinggap Putrajaya
- Menghasilkan tempahan hiasan ukiran kayu di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya
- Menghasilkan tempahan hiasan ukiran kayu di Dewan Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.
- Menghasilkan 15 unit ukiran hulu keris untuk exco Kerajaan Negeri Terengganu.
- Menghasilkan 2 bilah keris untuk Yang Dipertuan Agong
- Menghasilkan tempahan cokmar untuk Universiti Malaysia Kelantan
Pasaran Khusus (Niche market)
Untuk memastikan perusahaan ukiran kayu yang diusahakan dapat bertahan dan berjalan dengan baik, beliau telah membahagikan pasarannya kepada 3 segmen dengan menubuhkan 3 syarikat seperti berikut:
- Seni Ukir Bakawali : Menumpukan kepada ukiran yang mempunyai nilai seni serta kehalusan yang tinggi serta eksklusif.
- Bakawali House Of Arts : Menumpukan kepada ukiran yang mempunyai permintaan yang tinggi, senang untuk dipasarkan dan mempunyai harga yang berpatutan.
- Tunjang Bakawali Sdn Bhd :Menumpukan kepada projek-projek ukiran berskala besar yang melibatkan tender/ sebutharga.
Hasil daripada penumpuan kepada segmen pasaran yang berdasarkan syarikat yang ditubuhkannya, beliau telah berjaya mendapat tempahan ukiran dari dalam dan luar negara serta dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Karya / reka cipta yang menjadi ikutan (menjadi trend-setter)
Karya-karya ukiran yang dihasilkan oleh Encik Norhaiza telah menjadi ikutan penggemar seni ukiran melayu pada masa kini. Pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi serta jabatan dan agensi sering berkunjung ke bengkel yang diusahakan oleh beliau sebagai rujukan dan kajian.
Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Pada masa kini seni ukiran kayu yang diusahakannya turut disokong dengan penggunaan mesin moden terutamanya kerja-kerja awalan seperti membelah, memotong dan membentuk kayu. Penggunaan alatan ini dapat mempercepatkan proses ukiran kayu yang dihasilkan.
Walaupun ukiran yang dihasilkan dibantu dengan penggunaan mesin/peralatan moden, beliau masih mengutamakan kualiti dan kehalusan seni ukiran yang dilakukan.
Pengiktirafan ke atas kepakaran
Sebagai seorang yang berpengalaman dan arif dalam bidang seni ukiran kayu, Encik Norhaiza telah pun dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (Pengukir). Persatuan pengukir telahpun diluluskan penubuhannya pada tahun 2011.
Selain daripada itu beliau juga telah dianugerahkan sebagai Anugerah Usahawan Kraf (bidang kraf hasil rimba) pada tahun 2010 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Pengiktirafan lain yang pernah diterima oleh beliau adalah :
- Menerima Anugerah Seni Negeri Terengganu pada tahun 2005
- Penceramah jemputan untuk Karyawan di ATMA, UKM
- Dilantik sebagai pengukir rasmi untuk pelajar di bawah kelolaan Yayasan Diraja Sultan Mizan pada tahun 2009
Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
Pengiktirafan yang paling membanggakan Encik Norhaiza di atas hasil karya beliau adalah apabila beliau diminta menghasilkan ukiran untuk hiasan dalaman Dewan Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford.
Hasil karya ukiran kayu yang siap dihasilkan beliau di Universiti Oxford telah dilawati dan dilihat sendiri oleh Putera Charles dari Kerabat Diraja Britain.
Pencapaian kerjaya
Encik Norhaiza sentiasa komited dalam usaha mengembangkan perniagaan dan kemahiran yang dimilikinya. Ini telah di lakukukan dengan menubuhkan Syarikat Seni Ukir Bakawali, Syarikat Bakawali House Of Arts dan Tunjang Bakawali Sdn Bhd.
Beliau telah menyediakan sebidang tanah untuk menempatkan bengkel untuk operasi penghasilan produk ukirannya. Terdapat juga bangunan yang disediakan untuk segala urusan pejabat dan geleri yang menempatkan contoh-contoh produk sampel ukiran yang dihasilkan.
Pada masa kini terdapat seramai 18 orang yang bekerja dengan beliau sebagai pengukir dan 2 orang pekerja ditugaskan sebagai kerani yang menguruskan operasi bengkel.
Dokumentasi
Kerana ketokohan ilmu ukiran yang dimiliki Encik Norhaiza, beliau sering mendapat liputan dan perhatian sama ada daripada media elektronik mahu pun media cetak.
Nama dan gambar beliau sering terpampang di dada-dada akhbar utama negara seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian serta tidak ketinggalan juga majalah-majalah semasa.
Melalui media elektronik pula beliau sering ditemuramah untuk tujuan dokumentari berkenaan ukiran kayu dan pengiklanan untuk tujuan promosi kraftangan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia juga pernah menemuramah beliau untuk tujuan dokumentari dan penghasilan buku.
Buku yang pernah dihasilkan beliau secara bersama adalah bertajuk “Ukiran Kayu Warisan Melayu” bersama dengan Kraftangan Malaysia dan Spirit Of Wood.
Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara-Norhaiza
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Norhaiza Bin Noordin
Menurunkan kemahiran
Encik Norhaiza tidak pernah jemu dalam mengembang serta memartabatkan industri kraf ukiran kayu yang dimilikinya. Agensi-agensi seperti Kraftangan Malaysia dan MTIB serta Institut Pengajian Tinggi sering menghantar pelajar dan pelatih ke bengkel beliau untuk menjalani latihan kemahiran mahu pun pelajar praktikal.
Tahun 2002
Membentang kertas kerja ’Motif-motif Ukiran Kayu Tradisional’ di Institut Kraf Negara.
Seminar Antarabangsa ’Siapa Mereka Apa Reka’ di Balai Seni Ukir Negara Kuala Lumpur.
Tahun 2003
Seminar Motif Dalam Seni Ukir di Institut Kemahiran Negara.
Bengkel Ukiran Kayu di MITB Kota Bharu.
Mengendali sesi Demonstrasi Seni Ukir sempena Minggu Ukiran Kayu di MITB Kuala Lumpur
Tahun 2004
Membentang kertas kerja pada Konvensyen Inovasi Kraf Kebangsaan.
Mengendali Bengkel Warisan Produk Kraf Kayu di Pusat Pembangunan Muar, Johor.
Tahun 2005
Seminar Kongres Warisan Melayu di UITM.
Seminar Antarabangsa ’The Spirit & Form Of Malay Design’27 – 29 Jun - Auditorium Jabatan Muzium & Antikuiti Kuala Lumpur.
Tahun 2006
Dilantik menjadi pakar rujuk oleh Kerajaan Malaysia dalam rekaan motif ukiran kayu tradisional di dalam hiasan dalaman Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
Tahun 2007
Pembentangan Kertas Kerja ’Halatuju Seni Ukir Tradisional Dalam Era Globalisasi’
Pameran Keris Warisan Melayu di SACC Mall Shah Alam
Seminar Warisan Negeri Terengganu Anjuran UDM –Primula Beach Resort).
Saudara Mara
Sehingga kini 4 orang adik kepada Encik Norhaiza telah mengikut jejak langkah beliau dalam menceburi bidang ukiran kayu hasil tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikannya.
Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
Encik Norhaiza sering mengikuti program yang dianjurkan oleh agensi-agensi terutama yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia bagi tujuan promosi di dalam dan juga luar negara.
a) Antarabangsa
Antara program promosi peringkat antarabangsa yang pernah disertai:
- Spirit Of Wood Exhibition at the Asian Civilization Museum di Singapura
- Spirit Of Wood di Brunei Gallery, London
- Autumn Trade fair I Dubai di UAE
- Wood Carving Exhibition at the Cantalunya di Barcelona, Spain
- Exhibition and Sale at Ambiante di Frankfurt, Jerman
b) Kebangsaan
Antara program promosi peringkat kebangsaan yang pernah disertai:
- NAM Exhibition 2003 di PWTC
- Spirit Of Wood di Muzium Negara
- Keris Warisan Melayu (Malay Keris Heritage) di SACC Mall, Shah Alam
- Interior 2008 di PWTC
c) Negeri
Antara program promosi peringkat negeri yang pernah disertai:
- Spirit Of Wood di Muzium Terengganu
Menjadi pakar rujuk
Encik Norhaiza juga seing menjadi pakar dalam rujukan yang melibatkan seni ukiran kayu
a) Nasional
Menjadi rujukan dalam penghasilan buku berjudul Ukiran Kayu Warisan Melayu yang dihasilkan oleh Kraftangan Malaysia
Menjadi jurucakap untuk sesi perbincangan ukiran sempena minggu ukiran kayu di MTIB pada tahun 2003.
Membentangkan kertas kerja semasa Seminar Halatuju Seni Tradisional di Era Globalisasi pada tahun 2007.
Dilantik menjadi pakar rujuk oleh Kerajaan Malaysia dalam rekaan motif ukiran kayu tradisional di dalam hiasan dalaman Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS).
Komitmen Yang Tinggi Dalam Memartabatkan Seni Kraf Warisan Negara-Norhaiza
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Norhaiza Bin Noordin
Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran
Encik Norhaiza sentiasa berusaha menambah ilmu bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menghasilkan karya atau reka ciptanya. Berikut adalah antara beberapa seminar dan bengkel yang pernah dihadirinya untuk menambahkan ilmu pengetahuan:
- 1999 menjelajah ke Eropah selama dua minggu dan membuat kajian ke atas senjata-senjata melayu di London serta Amsterdam bersama Allahyarham Nik Rashidin & Datin Waveney Jenkins.
- 1999 hingga 2004 menjelajah ke Pattani, Kepulauan Riau, Kepulauan Bali, Sulawesi, Jawa dan Sumatera untuk mengkaji sejarah seni ukiran Melayu awal dan pengaruh kerajaan luar terhadap seni ukiran Melayu serta perbezaan teknik –teknik dan gaya ukiran Melayu dengan ukiran negara-negara luar bersama Allahyarham Rashidin Nik Hussein.
- Menghadiri bengkel ukiran kayu di MTIB pada tahun 2003.
- Menghadiri Seminar Mengekalkan Ukiran Kayu Tradisional Melay Kini dan Masa Depan di UITM pada tahun 2005.
- Menghadiri seminar motif ukiran kayu di Institut Kraf Negara pada tahun 2003.
Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
- Encik Norhaiza sentiasa berusaha untuk memartabatkan seni ukiran kayu agar ianya sentiasa segar dan dapat dihayati sepanjang zaman.
- Bagi beliau seni ukiran mempunyai nilai yang sangat tinggi dan tradisi ini harus dikembangkan daripada generasi ke generasi.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin