Kepimpinan dan Ketokohan Pion Anak Bumbong
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Pion Anak Bumbung
Kerana kesungguhan dan minat yang mendalam dalam seni ukiran ini, beliau tidak pernah jemu untuk meneruskan seni warisan nenek moyangnya. Beliau juga tidak pernah berhenti untuk memperkembangkan seni ukiran yang diwarisi sejak turun temurun. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bagi meningkatkan hasil dan kualiti seni ukiran yang diceburinya.
Setiap hasil ukiran tangannya mempunyai nilai estetika yang tinggi dan yang tersendiri. Beliau juga adalah seorang yang mahir serta berpengetahuan tinggi di dalam bidang yang diceburinya. Oleh kerana sifat beliau yang inginkan seni ukiran yang diwarisi sejak dari nenek moyangnya tidak dilupakan begitu sahaja, beliau telah bekerja keras mendidik tanaga pelapis dibawahnya tanpa rasa jemu. Hasil dari penat lelah itulah kini penerimaan masyarakat terhadap hasil kerja halus ukiran kayu kaum Mahmeri mulai diterima ramai.
Pion anak Bumbong merupakan anak jati Kampung orang Asli Pulau Carey. Beliau adalah dari kalangan masyarakat Mahmeri yang merupakan salah satu kaum dari Kumpulan Senoi. Beliau telah mengusahakan kraf ukiran kayu dengan membuat ukiran topeng dan patung hampir 43 tahun. Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun temurun dari datuk moyang beliau.
Keunikan hasil rekaan patung dan topeng yang dihasilkan oleh beliau adalah dari ukiran tangan dan tidak menggunakan peralatan seperti mesin. Manakala bahan mentah yang digunakan ialah kayu nyireh batu yang banyak terdapat di pantai Negeri Selangor. Ukiran kayu nyireh batu adalah satu hasil kraf yang dibanggakan oleh masyarakat Mahmeri kerana keunikan kayu tersebut dan ukiran merupakan kerja tangan yang amat sinonim dengan masyarakat Mahmeri. Corak, motif dan rekabentuk yang menjadi kegemaran beliau ialah patung harimau berantai, patung moyang tanjung, dan patung moyang tupai.
Tujuan utama beliau menceburkan diri sepenuhnya dalam bidang ukiran kayu ini ialah kerana minat yang begitu mendalam dalam seni ukir yang melambangkan masyarakat Mahmeri. Selain itu atas kesedaran beliau untuk mengekalkan seni warisan kraf ini menyebabkan beliau meneruskan usaha ayahnya untuk menghasilkan produk ukiran ini.
Kebanyakan kerja dan hasil kraf yang dihasilkan didokumentasi dan dirakam oleh badan-badan penyiaran seperti RTM, TV3,akhbar-akhbar tempatan dan majalah.
Antara contoh-contoh produk yang dikeluarkan oleh kebanyakan pengukir adalah hasil dari tunjuk ajar yang telah diberikan oleh beliau adalah Moyang Buaya, Moyang Gendi, Moyang Puting Beliung , Moyang Tanjung, Moyang Goyang, Moyang Tenung Mengidam, Moyang Pucuk Paku, Moyang Sauh, Moyang Bujam, Moyang Ba’ai, Moyang Pelimbai, Moyang Tok Naning, Moyang Katak Kaler, Moyang Kotak Daun, Moyang Sepua Air, Moyang Badi Gajah, Moyang Harimau Berantai, Moyang Tupai Belalang, Moyang Kelolong, Moyang Melur
Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Pion
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Pion Anak Bumbung
Selain mendapat tempahan ukiran kayu daripada masyarakat tempatan, calon juga telah mendapat tempahan ukiran kayu daripada serata pelusuk tanahair termasuklah dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, New Zealand, dan Australia.
Beliau juga pernah dijemput untuk mengadakan demonstrasi ukiran kayu di negara-negara terbabit bagi memudahkan masyarakat tempatan menilai seni kahalusan yang terdapat pada setiap hasil ukiran calon.
Beliau diberikan peluang memperkenalkan seni ukiran kayu Kaum Mahmeri dengan turut serta di dalam sesuatu acara kesenian kraftangan yang dianjurkan oleh badan badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.
Beliau telah memasuki beberapa pertandingan ukiran kayu, antaranya ialah pertandingan ”Handicraft Product in Southeast Asia” anjuran UNESCO pada tahun 2004 yang diadakan di Thailand. Di dalam pertandingan ini, calon telah mendapat tempat pertama dengan hasil ukiran kayunya “ Moyang Harimau Berantai.
Pada tahun 2005, calon juga telah memasuki pertandingan ”Handicraft Product in Southeast Asia” anjuran UNESCO yang diadakan di Thailand. Di dalam pertandingan ini, calon telah mendapat tempat pertama dengan hasil ukiran kayunya “ Moyang Jenug Jerat Harimau.
Sehingga kini banyak ilmu, serta kemahiran diturunkan kepada anak beliau. Selain itu atas dasar dan kesedaran untuk mengekalkan warisan ini, beliau banyak mengajar golongan muda dan pelapis di Kampung. Sungai. Bumbun. Kebanyakan golongan pelapis ini telahpun berjaya dan menjadikan ukiran kayu ini sebagai sumber pendapatan mereka. Selain itu ukiran kayu ini juga menjadi sumber pendapatan utama beliau untuk menyara keluarga.
Sehingga ke hari ini, beliau memperlihatkan kegigihan dan kesungguhan penglibatan beliau serta memberi sumbangan yang berterusan ke arah membangun dan memartabatkan industri kraf negara. Beliau juga merupakan seorang yang berwibawa, mahir dan berpengetahuan dalam bidang kraf yang diceburi. Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang di ketahui. Bagi beliau, ilmu yang terdapat di dalam diri adalah salah satu warisan yang perlu di teruskan agar ianya kekal selamanya untuk tatapan masyarakat setempat.
Adiguru Kraf Ukiran Topeng / Patung
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Pion Anak Bumbung
Masyarakat orang asli merupakan antara suku kaum minoriti negara ini yang terkenal dengan pelbagai seni kemahiran tangan. Antara seni kemahiran yang telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara adalah ukiran patung dan topeng. Salah seorang pengukir patung yang terkenal ialah Pion anak Bumbung. Pion anak Bumbong merupakan anak jati Kampung Orang Asli Pulau Carey, Selangor dan dilahirkan pada 8 Ogos 1947. Beliau adalah dari kalangan masyarakat Mahmeri yang mengusahakan kraf ukiran kayu dengan membuat ukiran topeng dan patung hampir 40 tahun. Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang beliau.
Keunikan hasil rekaan patung dan topeng yang dihasilkan oleh beliau adalah dari ukiran tangan dan tidak menggunakan peralatan seperti mesin. Manakala bahan mentah yang digunakan ialah kayu Nyireh Batu yang banyak terdapat di pantai negeri Selangor. Ukiran kayu Nyireh Batu adalah satu hasil kraf yang dibanggakan oleh masyarakat Mahmeri kerana keunikan kayu tersebut dan ukiran merupakan kerja tangan yang amat sinonim dengan masyarakat Mahmeri.
Sehingga kini, banyak ilmu serta kemahiran diturunkan kepada anak beliau. Atas dasar kesedaran untuk mengekalkan warisan ini, beliau banyak mengajar golongan muda dan pelapis di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Kemahiran dan produk yang dihasilkan beliau turut mendapat pengikitrafan kerajaan dan pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Topeng/ Patung oleh Kraftangan Malaysia.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin