Kepimpinan dan Ketokohan Pion Anak Bumbong  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pion Anak Bumbung adalah seorang yang mencintai seni ukiran, beliau tidak pernah jemu untuk meneruskan usahanya dalam mempertahankan seni ukiran bangsanya sendiri, kerana itulah setiap ukiran yang dilakukannya mempunyai kahalusan dan ketelitian yang tinggi.

Kerana kesungguhan dan minat yang mendalam dalam seni ukiran ini, beliau tidak pernah jemu untuk meneruskan seni warisan nenek moyangnya. Beliau juga tidak pernah berhenti untuk memperkembangkan seni ukiran yang diwarisi sejak turun temurun. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bagi meningkatkan hasil dan kualiti seni ukiran yang diceburinya.

Setiap hasil ukiran tangannya mempunyai nilai estetika yang tinggi dan yang tersendiri. Beliau juga adalah seorang yang mahir serta berpengetahuan tinggi di dalam bidang yang diceburinya. Oleh kerana sifat beliau yang inginkan seni ukiran yang diwarisi sejak dari nenek moyangnya tidak dilupakan begitu sahaja, beliau telah bekerja keras mendidik tanaga pelapis dibawahnya tanpa rasa jemu. Hasil dari penat lelah itulah kini penerimaan masyarakat terhadap hasil kerja halus ukiran kayu kaum Mahmeri mulai diterima ramai.

Pion anak Bumbong merupakan anak jati Kampung orang Asli Pulau Carey. Beliau adalah dari kalangan masyarakat Mahmeri yang merupakan salah satu kaum dari Kumpulan Senoi. Beliau telah mengusahakan kraf ukiran kayu dengan membuat ukiran topeng dan patung hampir 43 tahun. Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun temurun dari datuk moyang beliau.

Keunikan hasil rekaan patung dan topeng yang dihasilkan oleh beliau adalah dari ukiran tangan dan tidak menggunakan peralatan seperti mesin. Manakala bahan mentah yang digunakan ialah kayu nyireh batu yang banyak terdapat di pantai Negeri Selangor. Ukiran kayu nyireh batu adalah satu hasil kraf yang dibanggakan oleh masyarakat Mahmeri kerana keunikan kayu tersebut dan ukiran merupakan kerja tangan yang amat sinonim dengan masyarakat Mahmeri. Corak, motif dan rekabentuk yang menjadi kegemaran beliau ialah patung harimau berantai, patung moyang tanjung, dan patung moyang tupai.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan