Kepimpinan, Ketokohan, Kreativiti dan Inovasi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Encik Mat Yaacob mula menceburi bidang kraf ini sejak kecil dengan mengikuti bapa dan juga bapa saudaranya yang aktif membuat dan memainkan Rebana Ubi.

Datuk moyang beliau dan Kampung Baru Pupuk sememangnya masyhur dengan seni Rebana Ubi sejak dahulu lagi. Beliau mula bermain Rebana Ubi sejak 1955 tahun yang lalu iaitu ketika beliau berumur 12 tahun. Kini, selain daripada mengusahakan pembuatan Rebana Ubi, beliau juga bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah.

Rebana Ubi yang dihasilkan Encik Mat Yaacob masyhur di serata negeri kerana kemahirannya dalam proses mengikat kulit kerbau yang telah kering serta diregangkan pada badan rebana.

Proses yang paling rumit ini dinamakan proses ’mengambil’. Kelebihan inilah yang membuatkan beliau menerima tempahan bukan sahaja dari luar malahan dari pengusaha Rebana Ubi yang lain kerana kemahirannya dalam proses ini sukar ditandingi dan amat berkualiti.

Beliau juga menghasilkan rebana ubi ini dengan lukisan bermotifkan alam pada permukaan kulit kerbau.

Beliau biasanya menerima tempahan pada musim perayaan dan musim sambutan majlis rasmi seperti pertabalan sultan serta perasmian majlis rasmi.

Rebana Ubi jarang mendapat tempahan kerana rekabentuknya yang tahan lama dan sukar untuk rosak. Oleh yang demikian, tokoh amat jarang sekali menerima tempahan selain pembaikan rebana ubi yang telah lama.

Beliau sering menerima jemputan demonstrasi dan pertandingan di seluruh Malaysia.

Antara persembahan demonstrasi yang pernah disertai ialah
  • Demonstrasi Hari Kraf Kebangsaan (2002)
  • Persembahan Kebudayaan di Dataran Merdeka (2002)
  • Persembahan Kebudayaan di Putrajaya (2005)

Antara pertandingan yang pernah disertai ialah :

  • Menjadi Johan Pertandingan Rebana Peringkat Negeri
Beliau juga pernah mendapat liputan media dari RTM, TV3 dan pelbagai stesen televisyen yang lain.

Encik Mat Yaacob ada mengajar ilmu kemahiran ini kepada penduduk setempat yang berminat termasuk di dalam skim latihan yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.

Sehingga kini, beliau hanya ada seorang anak murid yang mampu menguasai kemahiran ini dengan baik iaitu Shafawi Bin Tahir. Shafawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Wi yang merupakan anak jati kg. Baru Pupuk dan menjadi harapan kepada Encik Mat Yaacob

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan