Biodata Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
Latar Belakang Kraf Gerus
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
Kain-kain tenun, sama ada kain benang mahupun sutera diserikan kilatannya dengan cara menggerus. Songket dan kain tenun Pahang yang bewarna gelap, dikanji dan digerus dengan cara merentanginya di atas sebatang kayu cermai pada mesin penggerus tradisional dan digosok dengan siput gerus berkali-kali.
Kain gerus dipakai sebagai pakaian adat di majlis perkahwinan dan berkhatan. Bagi Adiguru Sheikh Omar bin Sheikh Ibrahim, tempahan selalunya diterima dari keluarga di raja dan para pembesar negara. Tempahan semakin meningkat menjelang hari keputeraan Sultan Pahang.
Latar belakang Penglibatan Tokoh Dalam Kraf Gerus
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
Kampung Mengkasar tempat bermula
Sayangnya kini kian dilupa
Kain gerus indah bercahaya
Cantik berkilau sungguh mempersona
Sekali air bah, sekali pantai berubah. Begitulah nasib seni kain gerus tanah air. Masyarakat moden hari ini mengenali teknik menggosok kain dengan menggunakan seterika elektrik walaupun ia hanya dapat melicinkan kain sahaja dan tidak akan berkilat. Kain gerus amat diminati oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu kerana kilatnya, menarik dan tahan lama.
Kain gerus berasal dari kerja tangan orang Bugis di Kepulauan Sulawesi dan diperdagangkan di Terengganu. Kampung Mengkasar, Pahang merupakan tempat kegiatan awal menghasilkan kain gerus, iaitu pada awal abad ke 20, ketika orang Bugis berdagang dan membawa kain gerus. Kain gerus yang berkilat dan berkilau menarik minat penduduk tempatan dan mereka mula belajar menggerus kain.
Salah seorang tokoh kain gerus yang giat menjalankan perusahaan menggerus ialah Encik Sheikh Omar bin Sheikh Ibrahim. Beliau dilahirkan di kampung Mangkasar Pekan, Pahang. Ayahnya seorang tokoh gerus yang terkenal. Sheikh Omar mendapat pendidikan rendah di sekolah Melayu Pekan sehingga tamat darjah lima dan mendalami pelajaran agama dari seorang tok guru iaitu Cikgu Jaafar.
Sewaktu kecil beliau sering memerhati ayahnya menggerus kain. Pada ketika itu, ayahnya tidak menyedari minatnya dalam bidang menggerus ini. Setelah meningkat remaja, ayahnya mula memberi tugas untuk membantu menggerus kain. Apabila mendapat tempahan yang banyak, Sheikh Omar dan ayahnya bergilir-gilir menggerus. Akhirnya dia mengambil alih tugas ayahnya.
Tempahan kain gerus diperoleh dari golongan raja-raja, kumpulan yang berpangkat seperti orang besar, datuk penghulu dan para menteri yang sering membuat tempahan untuk upacara hari kebesaran seperti menyambut hari raya dan juga hari-hari keputeraan sultan.
Selain mahir menggerus kain, Sheikh Omar juga seorang tukang kayu yang mahir. Peralatan menggerus dibuat sendiri dengan bantuan anaknya. Seni menggerus ini diwarisi oleh dua orang anak lelakinya iaitu Sheikh Hussain dan Sheikh Aziz.
Kemahirannya sebagai penggerus kain sering dijemput mengadakan demonstrasi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Pekan Pahang pada tahun 1986. Selain itu, kegiatan beliau juga sering kali mendapat liputan dari media massa.
Sheikh Omar bin Sheikh Ibrahim dilahirkan pada tahun 1913 di Kampung Mengkasar, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pekan sehingga darjah lima. Beliau mewarisi kemahiran mengerus kain daripada arwah bapanya yang merupakan tukang gerus terkenal di daerah Pekan ketika itu. Setiap masa terluang dihabiskan bermain bersama-sama rakan sebaya atau memerhatikan bapanya melakukan kerja-kerja mengerus. Setiap proses menggerus diamati dan diingati oleh Sheikh Ibrahim dan setelah meningkat remaja barulah beliau diberi kepercayaan membantu melakukan kerja-kerja mengerus. Sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, kegiatan menggerus rancak dijalankan terutama di sekitar Kampung Mengkasar. Ketika itu kain bergerus amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Kain bergerus dipakai sebagai sarung, samping, kain kelubung dan dijadikan tengkolok.
Sheikh Ibrahim yang merupakan tukang gerus terkenal di daerah Pekan sering menerima tempahan dari istana terutamanya apabila menjelang majlis kebesaran istana dan juga majlis perkahwinan. Semasa sambutan Hari Keputeraan Sultan, para pembesar istana, ketua-ketua daerah dan adat beserta pasangan masing-masing yang diundang akan mengenakan busana lengkap menurut etika yang telah ditetapkan. Sarung, samping dan tengkolok biasanya akan digerus terlebih dahulu supaya halus dan licin.
Sheikh Omar yang semakin mahir mengerus membantu bapanya menyiapkan tempahan yang diterima dengan kadar upah sebanyak RM7.00 untuk sehelai sarung atau samping pada ketika itu. Kerja-kerja mengerus diteruskan setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau terus mendapat kepercayaan daripada pihak istana dan orang perseorangan bagi menyediakan kain bergerus. Semasa hayatnya beliau berusaha memperkenal dan mempertahankan seni kemahiran warisan yang semakin dilupakan ini. Bagi menghargai jasa dan sumbangan yang beliau berikan, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Kain Gerus pada tahun 1989. Beliau telah meninggal dunia pada 19 April 1996.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin