Memaparkan catatan dengan label Pojiah Binti Jaya. Papar semua catatan

Anugerah yang pernah diterima oleh Puan Pojiah Jaya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau pernah masuk pertandingan satu kali (1985 atau 1981) di Dewan Tun Razak, Kuching dan mendapat tempat ketiga. Kain kelingkam tersebut bercorakkan bunga ros tabur bintang, ada bunga, ada renda dan ada tali air. Sebenarnya kain kelingkam yang dipertandingkan itu dibuat dalam tahun 1974 lagi. Harga kelingkam pada masa itu RM5.00 dan Puan Pojiah menggunakan hanya 8 pala kerana harga kelingkam pada masa itu murah dam lembarnya banyak iaitu 64 lembar. Beliau juga pernah disiarkan dalam rancangan televisyen da surat khabar tempatan.  Selain iyu juga, beliau pernak membuat pameran di Muzium Kraf, Kraftangan Malaysia.

Latar Belakang Penglibatan Pojiah Jaya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pojiah Jaya merupakan satu-satunya tokoh wanita terkenal dalam bidang sulaman kelingkam. Telah menceburi kegiatan ini semenjak berusia 17 tahun, hanya beliau sahaja di kalangan adik-beradiknya seramai dua orag yang masih meneruskan tradisi kraftangan tersebut. Sepertimana kedua-kedua ibu bapanya, Pojiah juga dilahirkan di Kampung, satu tempat memang terkenal dengan aktiviti kelingkam.

Beliau tidak menerima apa-apa pendidikan formal. Namun dengan kesempatan yang diambil sewaktu menagji Quran, beliau berpeluang mempelajari tulisan jawi. Manakala di rumah, Pojiah dididik dalam soal-soal agama, adat resam sebagaimana menurut amalan masyarakat Melayu Sarawak serta perkara-perkara berhubung dengan peranan isteri dan ibu sebagai langkah persediaan ke arah berumahtangga.

Keadaan demikian secara tidak langsung membataskan hubungannya dengan masyarakat sekeliling. Perwatakannya sebagai gadis pendiam menyebabkan beliau tidak gemar mencampuri urusan lain-lain individu.

Sebaliknya, Pojiah lebih rapat dengan ibu, memerhati setiap hari kerja-kerja sulaman hingga seringkali tertidur di bawah pedangan sewaktu ibunya menyulam. Di sini juga, timbul minat dan dengan dorongan kedua-kedua orang tua serta saudara-mara, Pojiah mula mencuba dan akhirnya menjadikan bidang kelingkam itu sebagai pekerjaan sepenuh masa.

Bagi Pojiah, kemahiran kraf sebenarnya telah wujud sejak kecil lagi. Di waktu anak-anak patung mainannya diperbuat dari kain robia, manakala gelang tangan dibentuk dari benang kelingkam. Kecekapan mengira urat-urat benang ini lama kelamaan membolehkan beliau menguasai sepenuh semasa berusia 18 tahun.

Aktiviti menyulam biasanya dilakukan secara bersambungan dari pagi hinggalah malam. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga ke pukul 10.30 pagi, dilanjutkan dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang dan diteruskan semula selepas waktu Isyak sampai jam 10.00 malam, Pojiah membuat kerja-kerja sulaman. Ruang antara waktu-waktu sulaman ini dipenuhi dengan menguruskan hal-hal lain di rumah.

Sebenarnya penglibatan Pojiah secara aktif dalam kegiatan kelingkam dapat dilihat dengan jelas setelah beliau melahirkan anak bongsu. Kebetulan pula, di waktu itu tidak ramai wanita di kampungnya atau kampung-kampung berdekatan seperti  Kampung Lintang bergiat dengan serius.

Latar Belakang Kraf Kelingkam - Pojiah Jaya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menyentuh tentang Sarawak, terbayang kepada kita mengenai kesuburan dan kehijauan alam semula jadi, Rumah Panjang dan keberanian masyarakat Iban dan suku-suku kaum etnik lain yang telah menghidupkan sejarah negeri. Kepelbagaian dari segi pengalaman adat resam, kepercayaan dan bahasa telah menjadikan masyarakatnya yang berbilang kaum dan hasil-hasil seni kraf berasaskan sumber-sumber asli tempatan.

Barang-barang kraftangan buatan tembikar dan anyaman Sarawak, tenunan pua serta rotan berjaya memikat hati pembeli-pembeli baik dari dalam negeri mahupun luar. Di samping kehalusan seni ciptaan yang dikenali sebagai tukang kelingkam, milik turun-temurun masyarakat melayu Sarawak.

Masyarakat ini, dimana kebanyakkan beragama islam dan bertutur di dalam bahasa melayu Sarawak, adalah dipercayai berasal dari negeri Johor, Semenanjung Tanah Melayu. Sebilangan besar di kalangan masyarakat tersebut menetap di sekitar bandar Kuching, iaitu di pinggiran Sungai Sarawak. Pernah satu ketika mereka bergiat sebagai kaum nelayan dan petani. Kini, ramai diantara mereka menceburkan diri dalam kerja-kerja sulaman dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan seni kelingkam diwarisi dan dipelopori oleh masyarakat Melayu Sarawak.

Seni sulaman kelingkam merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat cantik. Bersesuaian dengan keindahan ciptaan kain ini, ia terhasil dari kelembutan jari dan kreativiti penciptanya. Penggunaan alat-alat yang sedikit seperti kain robia dan benang kelingkam tidak meragukan kita tentang kehalusan mutunya kerana kelingkam di sebalik sulaman itu, unsur-unsur kesabaran, ketelitian dan daya ketekunan yang tinggi. Bukan sahaja ciri-ciri tersebut penting dalam menghasilkan sesuatu sulaman malahan ianya turut menggambarkan sifat-sifat perempuan Melayu yang berlandaskan nilai-nilai akhlak dan budi.

Biodata Pojiah Binti Jaya  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Latar Belakang Kraf Sulaman Keringkam  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menyentuh tentang Sarawak, terbayang mengenai kesuburan dan kehijauan alam semula jadi, rumah panjang dan keberanian masyarakat Iban dan suku-suku kaum etnik lain yang telah menghidupkan sejarah negeri. Kepelbagaian dari segi pengalaman adat resam, kepercayaan dan bahasa telah menjadikan masyarakatnya yang berbilang kaum mahir dalam pelbagai hasil-hasil seni kraf berasaskan sumber-sumber asli tempatan.

Hasil-hasil kraftangan dari Sarawak seperti tembikar, anyaman Sarawak, tenunan pua serta rotan berjaya memikat hati pembeli-pembeli baik dari dalam negeri mahupun luar. Masyarakat Sarawak kebanyakannya beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu Sarawak. Mereka dipercayai berasal dari negeri Johor semenanjung tanah Melayu. Sebilangan besar di kalangan masyarakat tersebut menetap di sekitar bandar Kuching iaitu di pinggiran sungai Sarawak.

Kini ramai di antara mereka menceburkan diri dalam kerja-kerja sulaman dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan seni kelingkam diwarisi dan dipelopori oleh masyarakat Melayu Sarawak. Seni sulaman kelingkam merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat cantik. Bersesuaian dengan keindahan ciptaan kain ini, ia terhasil dari kelembutan jari dan kreativiti penciptanya. Penggunaan alat-alat yang sedikit seperti kain robia dan benang kelingkam tidak meragukan kita tentang kehalusan mutunya kerana kelingkam di sebalik sulaman itu terdapat unsur-unsur kesabaran, ketelitian dan daya ketekunan yang tinggi. Bukan sahaja ciri-ciri tersebut penting dalam menghasilkan sesuatu sulaman malahan ia turut menggambarkan sifat-sifat perempuan Melayu yang berlandaskan nilai-nilai akhlak dan budi.

Latar Belakang Penglibatan Tokoh dalam Sulaman Keringkam  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pojiah binti Jaya merupakan tokoh wanita terkenal dalam bidang Sulaman Keringkam. Beliau telah menceburi bidang ini sejak berusia 17 tahun dan dikalangan adik beradiknya, hanya beliau yang masih meneruskan tradisi kraftangan ini.

Beliau tidak pernah menerima apa-apa pendidikan formal. Namun dengan kesempatan yang diambil sewaktu mengaji al-Quran, beliau berpeluang mempelajari tulisan jawi. Manakala di rumah pula, Puan Pojiah dididik dalam soal-soal agama, adat resam sebagaimana menurut amalan masyarakat Melayu Sarawak serta perkara-perkara berhubung dengan peranan isteri dan ibu sebagai langkah persediaan ke arah berumahtangga.

Keadaaan sedemikian secara tidak langsung telah membataskan hubungannya dengan masyarakat sekeliling. Perwatakannya sebagai gadis pendiam menyebabkan beliau tidak gemar mencampuri urusan individu lain. Sebaliknya Puan Pojiah lebih rapat dengan ibunya. Beliau sering memerhati setiap hari kerja-kerja sulaman sehingga sering kali tertidur di bawah pemidang sewaktu ibunya menyulam. Di sini juga, timbul minat dan dengan dorongan kedua-dua orang tua serta saudara-mara Puan Pojiah mula mencuba dan akhirnya menjadikan bidang keringkam itu sebagai pekerjaan sepenuh masa.

Bagi Puan Pojiah kemahiran kraf sebenarnya telah wujud sejak dari kecil lagi. Waktu itu anak patung mainannya diperbuat daripada kain robia manakala gelang tangan dibentuk dari benang keringkam. Kecekapan mengira urat-urat benang ini lama-kelamaan membolehkan beliau menguasai sepenuhnya semasa berusia 18 tahun.

Aktiviti menyulam biasanya dilakukan secara bersambungan dari pagi hinggalah malam. Bermula dari jam 9.30 hingga ke pukul 10.30 pagi kemudian dilanjutkan dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang dan diteruskan semula selepas waktu isyak sampai jam 10.00 malam, Puan Pojiah membuat kerja-kerja sulaman. Ruang antara waktu-waktu sulaman ini dipenuhi dengan menguruskan hal-hal lain di rumah.

Sebenarnya penglibatan Puan Pojiah secara aktif dalam kegiatan keringkam dapat di lihat dengan jelas setelah beliau melahirkan anak bongsu. Kebetulan pula, diwaktu itu tidak ramai wanita di kampungnya atau kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Lintang bergiat dengan serius.

Media Elektronik dan Media Cetak  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :



Pernah masuk pertandingan pada tahun 1974 di Dewan Tun Razak, Kuching dan mendapat tempat ketiga. Pada masa itu beliau membuat kain keringkam bercorakkan bunga ros tabur bintang, bunga, renda dan tali air. Harga keringkam pada masa itu berjumlah RM5.00 dan beliau hanya menggunakan 8 pala kerana harga keringkam pada masa itu murah dan lembarnya banyak iaitu 64 lembar.
  • Seni kain keringkam Puan Pojiah juga pernah mendapat liputan dari pihak stesen telivesyen serta dalam akhbar-akhbar tempatan.
Puan Pojiah juga pernah membuat pameran di Muzium Kraftangan Malaysia.

Adiguru Kraf Sulaman Keringkam  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sulaman keringkam (kelingkan) terhasil dari kelembutan jari jemari dan kreativiti penciptanya yang jelas mempamerkan ketekunan, ketelitian serta kesabaran yang tinggi.

Pojiah binti Jaya, di antara tokoh terkenal dalam sulaman kelingkan dilahirkan di Kampung Tanjung, Sarawak pada tahun 1936. Beliau mempelajari kemahiran ini sejak berusia 17 tahun daripada ibunya iaitu seorang penyulam kelingkam yang terkenal ketika itu. Beliau menjadikan kemahiran ini sebagai pekerjaan sepenuh masa. Motif-motif hiasan yang digemari oleh Pojiah seperti Bunga Mawar, Bunga Bintang, Renda dan Tali Air.

Ketekunan dan kegigihan Pojiah telah menempatkan beliau sebagai salah seorang tokoh sulaman kelingkam yang terkenal dan ternama. Tempahan diterima daripada orang perseorangan dan juga pembesar negara di sekitar Sarawak dan Semenanjung serta Brunei. Di samping itu beliau turut menjadi pakar rujuk mengenai sulaman kelingkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Muzium Negeri Sarawak. Bagi menghargai jasa dan sumbangannya dalam seni warisan ini, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Sulaman Kelingkan pada tahun 1987. Pojiah telah meninggal dunia pada 12 Julai 2004.