Pojiah Jaya merupakan satu-satunya tokoh wanita terkenal dalam bidang sulaman kelingkam. Telah menceburi kegiatan ini semenjak berusia 17 tahun, hanya beliau sahaja di kalangan adik-beradiknya seramai dua orag yang masih meneruskan tradisi kraftangan tersebut. Sepertimana kedua-kedua ibu bapanya, Pojiah juga dilahirkan di Kampung, satu tempat memang terkenal dengan aktiviti kelingkam.
Beliau tidak menerima apa-apa pendidikan formal. Namun dengan kesempatan yang diambil sewaktu menagji Quran, beliau berpeluang mempelajari tulisan jawi. Manakala di rumah, Pojiah dididik dalam soal-soal agama, adat resam sebagaimana menurut amalan masyarakat Melayu Sarawak serta perkara-perkara berhubung dengan peranan isteri dan ibu sebagai langkah persediaan ke arah berumahtangga.
Keadaan demikian secara tidak langsung membataskan hubungannya dengan masyarakat sekeliling. Perwatakannya sebagai gadis pendiam menyebabkan beliau tidak gemar mencampuri urusan lain-lain individu.
Sebaliknya, Pojiah lebih rapat dengan ibu, memerhati setiap hari kerja-kerja sulaman hingga seringkali tertidur di bawah pedangan sewaktu ibunya menyulam. Di sini juga, timbul minat dan dengan dorongan kedua-kedua orang tua serta saudara-mara, Pojiah mula mencuba dan akhirnya menjadikan bidang kelingkam itu sebagai pekerjaan sepenuh masa.
Bagi Pojiah, kemahiran kraf sebenarnya telah wujud sejak kecil lagi. Di waktu anak-anak patung mainannya diperbuat dari kain robia, manakala gelang tangan dibentuk dari benang kelingkam. Kecekapan mengira urat-urat benang ini lama kelamaan membolehkan beliau menguasai sepenuh semasa berusia 18 tahun.
Aktiviti menyulam biasanya dilakukan secara bersambungan dari pagi hinggalah malam. Bermula dari jam 9.30 pagi hingga ke pukul 10.30 pagi, dilanjutkan dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang dan diteruskan semula selepas waktu Isyak sampai jam 10.00 malam, Pojiah membuat kerja-kerja sulaman. Ruang antara waktu-waktu sulaman ini dipenuhi dengan menguruskan hal-hal lain di rumah.
Sebenarnya penglibatan Pojiah secara aktif dalam kegiatan kelingkam dapat dilihat dengan jelas setelah beliau melahirkan anak bongsu. Kebetulan pula, di waktu itu tidak ramai wanita di kampungnya atau kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Lintang bergiat dengan serius.

Artikel ini telah ditulis pada
hari Khamis
, Khamis, Januari 10, 2013
di bawah kategori
Pojiah Binti Jaya
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan