Menyentuh tentang Sarawak, terbayang kepada kita mengenai kesuburan dan kehijauan alam semula jadi, Rumah Panjang dan keberanian masyarakat Iban dan suku-suku kaum etnik lain yang telah menghidupkan sejarah negeri. Kepelbagaian dari segi pengalaman adat resam, kepercayaan dan bahasa telah menjadikan masyarakatnya yang berbilang kaum dan hasil-hasil seni kraf berasaskan sumber-sumber asli tempatan.
Barang-barang kraftangan buatan tembikar dan anyaman Sarawak, tenunan pua serta rotan berjaya memikat hati pembeli-pembeli baik dari dalam negeri mahupun luar. Di samping kehalusan seni ciptaan yang dikenali sebagai tukang kelingkam, milik turun-temurun masyarakat melayu Sarawak.
Masyarakat ini, dimana kebanyakkan beragama islam dan bertutur di dalam bahasa melayu Sarawak, adalah dipercayai berasal dari negeri Johor, Semenanjung Tanah Melayu. Sebilangan besar di kalangan masyarakat tersebut menetap di sekitar bandar Kuching, iaitu di pinggiran Sungai Sarawak. Pernah satu ketika mereka bergiat sebagai kaum nelayan dan petani. Kini, ramai diantara mereka menceburkan diri dalam kerja-kerja sulaman dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan seni kelingkam diwarisi dan dipelopori oleh masyarakat Melayu Sarawak.
Seni sulaman kelingkam merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat cantik. Bersesuaian dengan keindahan ciptaan kain ini, ia terhasil dari kelembutan jari dan kreativiti penciptanya. Penggunaan alat-alat yang sedikit seperti kain robia dan benang kelingkam tidak meragukan kita tentang kehalusan mutunya kerana kelingkam di sebalik sulaman itu, unsur-unsur kesabaran, ketelitian dan daya ketekunan yang tinggi. Bukan sahaja ciri-ciri tersebut penting dalam menghasilkan sesuatu sulaman malahan ianya turut menggambarkan sifat-sifat perempuan Melayu yang berlandaskan nilai-nilai akhlak dan budi.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, Januari 09, 2013
di bawah kategori
Pojiah Binti Jaya
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan