KETOKOHAN DAN KEPIMPINAN
Oleh kerana minat yang mendalam, beliau tidak pernah melepaskan peluang memerhatikan cara – cara datuknya membuat jebak puyuh. Suatu hari apabila datuknya meninggalkan kerja – kerja membuat jebak puyuh seketika, tanpa membuang masa beliau mengambil kesempatan itu telah menyiapkan jebak puyuh tersebut. Semenjak dari itu datuk saudaranya telah mula mengajar beliau cara – cara membuat jebak puyuh secara serius.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Beliau menggunakan teknik tradisional yang rumit tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi. Kebanyakkan bahan – bahan yang perlu digunakan diperolehi dari hutan di sekitar tempat tinggal beliau. Jebak puyuh yang dihasilkan oleh Che Mud ini sebenarnya telah diperbaharui reka bentuknya berdasarkan bakat dan ilham beliau sendiri. Reka bentuk jebak ini diilhamkan dari badan burung puyuh itu sendiri.
Beliau memperindah jebak puyuh dengan ukiran dan ikatan . Hasilnya, sungguh menarik sekali dan tiada siapa yang menyangka barangan kraf secantik itu hanyalah sebuah jebak memikat puyuh. Hasil kreativiti beliau kini dipelbagaikan kegunaannya. Jebak puyuh kini dijadikan sebagai alat hiasan rumah yang indah dan unik.
SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT
Kini kemahiran membuat jebak puyuh yang dahulunya hanyalah merupakan hobi, kini ia turut mendatangkan hasil pendapatan sampingan kepada beliau. Beliau sering menerima tempahan membuat jebak puyuh daripada mereka yang berminat memilikinya. Kemahiran yang dimiliki oleh Che Mud ini telah membawa beliau ke Amerika Syarikat bagi mempromsikan seni warisan bangsa. Beliau juga telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Jebak Puyuh pada tahun 1989 oleh Kraftangan Malaysia.
Latar belakang Kraf Jebak Puyuh
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Che Mud Bin Che Awang
Jebak Puyuh memang digunakan khusus untuk memikat Burung Puyuh. Setelah burung itu ditangkap, ia akan dibiarkan kosong. Jebak Puyuh diperbuat daripada bahan-bahan yang berbeza dan rupanya juga jauh berbeza daripada sangkar burung yang lain. Di sebelah atas jebaknya terdapat hiasan kayu berukiran cantik. Hiasan itu dipasang melintang disebelah atas palang halus yang terpacak dimuka jebak. Jebak Puyuh digunakan bagi memerangkap Burung Puyuh untuk dilagakan. Pada masa sekarang, ia hanya diperangkap untuk dimasak dan dihidangkan.
Terdapat perbezaan yang besar dalam reka bentuk Jebak Puyuh masa kini dengan Jebak Puyuh zaman dahulu. Menurut Adiguru Kraf Jebak Puyuh iaitu Che Daud Bin Che Awang, Jebak Puyuh yang berbentuk tradisional dihasilkan oleh datuk saudaranya tidaklah secantik sekarang. Jebak Puyuh tradisional teramat ‘simple’ reka bentuknya dan tidak mempunyai hiasan seni. Kini beliau telah pun mengubahsuaikan dengan sentuhan daya kreativitiya sendiri.
Jebak Puyuh dahulu tidak mempuyai kayu yang berukiran. Bentuk ‘badan’nya masih sama, tetapi anyamanya berbeza. Dahulu ia cuma diikat dan di lumurkan dengan kui ataupun tar. Ini adalah untuk mengukuhkannya. Sekarang ini, ribu-ribu dianyam dan disapu dengan varnis untuk menambah kecantikan Jebak Puyuh. Jebak dahulu boleh digunakan sebagai timba untuk menceduk air. Ini ialah kerana ia dilumur dengan tar dan tidak akan menitiskan air.
Latar Belakang Che Mud Dalam Kraf Jebak Puyuh
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Che Mud Bin Che Awang
Adiguru Kraf Jebak Puyuh iaitu Che Mud bin Che Awang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Beliau dilahirkan di kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan pada tahun 1944. Kini beliau menetap di kampung Bunuhan Tumpat, Kelantan.
Ibunya bernama Mek Som binti Sulaiman, ayahnya pula ialah Che Awang bin Senik. Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik kesemuanya. Che Mud telah beberapa kali menempuh alam perkahwinan namun jodoh beliau berpanjangan dengan isterinya kini iaitu Puan Fatimah binti Merah. Perkahwinannya ini sudah dikurniakan 4 orang anak. Dua daripada orag anakya iaitu Che Ibrahim dan Che Hussin turut mewarisi kemahiran beliau membuat jebak puyuh.
Meskipun Che Daud tidak pernah bersekolah, namum tuhan menganugerahkannya dengan pelbagai bakat seni kraftangan. Che Mud bukan sahaja mahir membuat jebak puyuh yang cantik malahan dia juga berkebolehan mencipta wau dan patong wayang kulit yang merupakan permainan budaya kegemaran rakyat Kelantan. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai ilmu main puteri iaitu salah satu cara perubatan tradisional di Kelantan.
Penglibatan beliau dalam bidang kemahiran membuat jebak puyuh ini bermula semenjak beliau masih kanak-kanak lagi. Sewaktu kecil, beliau sering mendampingi datuk saudaranya yang sangat gemar menangkap puyuh dan mahir membuat jebak puyuh. Datuk saudaranya itu membuat jebak puyuh untuk kegunaan sendiri. Walaupun demikian, terdapat juga orang-orang kampung yang meminta datuknya itu membuat jebak untuk mereka dan dibayar sebanyak dua atau tiga ringgit. Harga tersebut sudah dikira tinggi jika dilihat pada nilai mata wang zaman tersebut.
Oleh kerana minatnya yang mendalam, Che Mud tidak pernah melepaskan peluang memerhatikan cara-cara datuknya membuat jebak puyuh. Suatu hari apabila datuknya meninggalkan kerja-kerja membuat jebak untuk seketika, Che Mud secara diam-diam telah menyiapkan jebak tersebut, dan diketahui oleh datuknya. Semenjak dari itulah datuk saudaranya mula mengajar Che Mud cara-cara membuat jebak puyuh secara serius.
Kini kemahiran membuat jebak puyuh yang dahulunya hanyalah merupakan hobi, turut juga mendatangkan hasil pendapatan sampingan kepada Che Mud sendiri. Beliau sering menerima tempahan membuat jebak puyuh daripada mereka yang berminat untuk memilikinya. Sebuah jebak puyuh kini boleh mencapai harga seratus ringgit.
Che Mud masih lagi membuat jebak ini dengan teknik tradisional dan tidak memakan belanja yang besar. Beliau tidak menggunakan teknik peralatan moden. Kebanyakkan bahan-bahan yang diperlukan membuat jebak boleh diperolehi dari hutan dipersekitaran tempat tinggal beliau. Proses membuat jebak ini dijalankan di rumahnya sahaja. Selalunya beliau menggunakan waktu pagi untuk menyudahkan kerja-kerja membuat jebak kerana penglibatan beliau kini semakin berkurangan dan ini meghalang beliau membuat kerja-kerja tersebut pada sebelah petang ataupun malam.
Jebak puyuh yang dihasilkan oleh Che Mud ini sebenarnya telah diperbaharui reka bentuknya berdasarkan bakat dan ilham Che Mud sendiri. Beliau menggunakan daya kreativiti sendiri untuk mencipta ukiran pada jebak dan menyapu varnis pada ribu-ribu. Hasilnya sungguh menarik sekali dan tiada siapa menyangka barangan kraf secantik itu hanyalah sebuah jebak memikat puyuh.
Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Che Mud
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Che Mud Bin Che Awang
Penglibatan beliau dalam bidang kemahiran membuat jebak puyuh ini bermula semenjak beliau masih kanak-kanak lagi. Sewaktu beliau kecil, beliau sering mendampingi datuk saudaranya yang sangat gemar menangkap puyuh dan mahir membuat Jebak Puyuh.
Oleh kerana minat yang mendalam, beliau tidak pernah melepaskan peluang memerhatikan cara-cara datuknya membuat Jebak Puyuh. Suatu hari apabila datuknya meninggalkan kerja-kerja membuat Jebak Puyuh seketika, tanpa membuang masa beliau mengambil kesempatan itu telah menyiapkan Jebak Puyuh tersebut. Semenjak dari itu datuk saudaranya telah mula mengajar beliau cara-cara membuat Jebak Puyuh secara serius.
Beliau menggunakan teknik tradisional yang rumit tetapi tidak memerlukan kos yang tinggi. Kebanyakkan bahan-bahan yang perlu digunakan diperolehi dari hutan di sekitar tempat tinggal beliau.
Jebak Puyuh yang dihasilkan oleh Che Mud ini sebenarnya telah diperbaharui reka bentuknya berdasarkan bakat dan ilham beliau sendiri. Reka bentuk jebak ini diilhamkan dari badan burung puyuh itu sendiri.
Beliau memperindah Jebak Puyuh dengan ukiran dan ikatan. Hasilnya, sungguh menarik sekali dan tiada siapa yang menyangka barangan kraf secantik itu hanyalah sebuah jebak memikat puyuh.
Hasil kreativiti beliau kini dipelbagaikan kegunaannya. Jebak Puyuh kini dijadikan sebagai alat hiasan rumah yang indah dan unik.
Kemahiran yang dimiliki oleh Che Mud ini telah membawa beliau ke Amerika Syarikat bagi mempromosikan seni warisan bangsa.
Beliau sering menerima tempahan membuat Jebak Puyuh daripada mereka yang berminat memilikinya.
Beliau juga telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Jebak Puyuh pada tahun 1989 oleh Kraftangan Malaysia.
Kini kemahiran membuat Jebak Puyuh yang dahulunya hanyalah merupakan hobi, kini ia turut mendatangkan hasil pendapatan sampingan kepada beliau.
Haji Che Mud bin Che Awang yang berkemahiran menghasilkan kraf jebak puyuh dilahirkan pada 8 Oktober 1944 di Kampung Bunuhan, Tumpat, Kelantan. Beliau telah mewarisi kemahiran membuat jebak puyuh ini daripada datuk saudaranya yang mempunyai hobi menangkap burung puyuh dan berkemahiran membuat jebak puyuh.
Keistimewaan yang terdapat pada Haji Che Mahmud ialah beliau bukan sahaja mahir membuat jebak puyuh yang cantik malahan beliau juga berkebolehan membuat wau dan patung wayang kulit yang merupakan permainan tradisional rakyat Kelantan. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai ilmu Main Puteri, salah satu cara perubatan tradisional di Kelantan. Haji Che Mud mengambil inisiatif dalam menambah baik hasil kerja tangannya dengan memperbaharui reka bentuk jebak dengan mengambil ilham burung puyuh itu sendiri. Beliau juga memperindah jebak puyuh dengan ukiran dan ikatan sehinggakan tiada siapa yang menyangka barangan kraf secantik itu hanyalah sebuah jebak memikat puyuh.
Haji Che Mud sering dijemput untuk menjadi tenaga pengajar dan pakar rujuk dari dalam dan luar negara dalam usaha memartabatkan seni kraf tempatan. Sokongan dan kerjasama dari beberapa agensi serta individu menguatkan lagi semangat beliau untuk terus memulih dan memelihara seni kraf warisan ini. Pada tahun 1989 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Jebak Puyuh di atas usaha beliau dalam memastikan seni kraf ini dipelihara dan dikembangkan.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin


.jpg)