Jebak Puyuh memang digunakan khusus untuk memikat Burung Puyuh. Setelah burung itu ditangkap, ia akan dibiarkan kosong. Jebak Puyuh diperbuat daripada bahan-bahan yang berbeza dan rupanya juga jauh berbeza daripada sangkar burung yang lain. Di sebelah atas jebaknya terdapat hiasan kayu berukiran cantik. Hiasan itu dipasang melintang disebelah atas palang halus yang terpacak dimuka jebak. Jebak Puyuh digunakan bagi memerangkap Burung Puyuh untuk dilagakan. Pada masa sekarang, ia hanya diperangkap untuk dimasak dan dihidangkan.
Terdapat perbezaan yang besar dalam reka bentuk Jebak Puyuh masa kini dengan Jebak Puyuh zaman dahulu. Menurut Adiguru Kraf Jebak Puyuh iaitu Che Daud Bin Che Awang, Jebak Puyuh yang berbentuk tradisional dihasilkan oleh datuk saudaranya tidaklah secantik sekarang. Jebak Puyuh tradisional teramat ‘simple’ reka bentuknya dan tidak mempunyai hiasan seni. Kini beliau telah pun mengubahsuaikan dengan sentuhan daya kreativitiya sendiri.
Jebak Puyuh dahulu tidak mempuyai kayu yang berukiran. Bentuk ‘badan’nya masih sama, tetapi anyamanya berbeza. Dahulu ia cuma diikat dan di lumurkan dengan kui ataupun tar. Ini adalah untuk mengukuhkannya. Sekarang ini, ribu-ribu dianyam dan disapu dengan varnis untuk menambah kecantikan Jebak Puyuh. Jebak dahulu boleh digunakan sebagai timba untuk menceduk air. Ini ialah kerana ia dilumur dengan tar dan tidak akan menitiskan air.
Artikel ini telah ditulis pada
hari Rabu
, Rabu, April 25, 2012
di bawah kategori
Che Mud Bin Che Awang
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.