Sumbangan Hajah Kelthom dalam Pembangunan Industri Kraf Negara
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
Menurunkan Kemahiran
Kelebihan atau kemahiran menenun songket yang dimiliki oleh Hjh Kelthom telah diwariskan kepada anak-anak saudara beliau. Anak saudara beliau dilihat sangat berminat meneruskan perusahaan menenun songket.
Selain itu, beliau juga ada memberi tunjuk ajar atau bengkel bagi menurunkan kemahiran beliau menenun songket kepada sebuah institusi. Institusi ini ialah Institusi Kraf Negara. Pelajar dari institusi ini akan didedahkan dengan kemahiran menenun songket dalam jangkamasa selama tiga bulan.
Setiap tahun Che Minah Songket akan menerima seramai tiga orang pelajar yang mengambil kursus dalam bidang tekstil untuk diajar dan diberi latihan.
Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
- Hjh Kelthom melibatkan diri dalam program promosi semasa penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) (27 feb hingga 11 mac) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
- Satu Daerah Satu Industri (SDSI), yang bertempat di MITC, Negeri Melaka pada 9 hingga 11 disember 2011.
- Promosi kerja kahwin di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada bulan 6 tahun 2011.
- Jualan promosi aidilfitri di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 20 hingga 31 ogos 2010.
Che minah songket sering menjadi tumpuan sebagai sumber rujukan kepada para penggemar songket, para akademik, pelajar IPTA terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan tekstil.
Hjh Kelthom sebagai pemilik Che Minah Songket juga menjadi pakar rujuk kepada pelancong asing yang datang mengunjungi che minah songket. Che Minah Songket telah menjadi tumpuan sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang perlu dikunjungi dalam jadual pelancongan kepada pelancong asing.
Berkemahiran dan Pakar dalam Bidang Kraf Warisan - Tenunan Songket
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
Hjh kelthom meneruskan perusahaan songket yang diwarisi daripada ibunya iaitu Che Minah Binti Haji Omar. Che Minah bergiat aktif dalam perusahaan membuat songket sehingga dapat membina sebuah perusahaan yang dikenali sebagai Che Minah Songket. Hjh kelthom telah mula berjinak secara langsung dalam bidang menenun songket sejak kecil lagi iaitu semasa beliau berumur sepuluh tahun dan sehingga kini beliau masih aktif menghasilkan songket dengan reka corak yang pelbagai bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Hjh. Kelthom banyak menerima tempahan membuat songket daripada orang persendirian yang terdiri daripada kalangan kerabat diraja. Tempahan songket yang dibuat adalah yang diminta secara khusus iaitu mengikut reka corak yang dibawa khas oleh pihak tertentu.
Corak eksklusif yang diguna khas oleh golongan kerabat diraja seperti corak bunga ‘kore’ atau kukuran dan bunga padi. Hjh.kelthom pernah menerima tempahan daripada sultan negeri Kelantan dan raja negeri Perlis dan contoh khusus ini masih ditempah secara berterusan untuk majlis-majlis istiadat diraja Kelantan.
Beliau juga menerima tempahan daripada pihak-pihak tertentu seperti pihak IPTA seperti USM dan UTM. Tempahan lebih menjurus kepada menenun songket pada uniform dan jubah. Songket Che Minah juga turut menembusi pasaran antarabangsa iaitu sehingga ke Brunei.
Terdapat dua kelas reka corak yang digunakan oleh Hjh kelthom iaitu reka corak yang digunakan khas untuk golongan kerabat diraja dan corak biasa yang digunakan oleh golongan orang biasa. Untuk reka corak yang digunakan oleh kerabat diraja seperti bunga kore atau ‘kukuran’ dan bunga padi.
Manakala untuk golongan biasa akan digunakan reka corak seperti bunga dalam kandang, bunga penuh dan bunga tabur. Menurut Hjh Kelthom terdapat lebih kurang sepuluh jenis reka corak yang digunakan dalam menghasilkan songket. Reka corak songket juga digunakan keatas pembuatan pada corak kain sampin dan pakaian.
Dari Segi Pembuatan Sampin Che minah songket telah menerima tempahan dari dua pihak parti parti politik. Kain sampin UMNO telah ditempah sempena mesyuarat bahagian UMNO manakala Che Minah Songket mendapat tempahan daripada pihak PAS iaitu ketika menjelang muktamar tahunan PAS ke-57.
Hjh Kelthom masih mengekalkan penggunaan peralatan tradisional sebagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkan songket. Hal ini bagi memastikan setiap hasil tenunan songket mencapai kekemasan yang mencapai standard.
Walaupun tidak membuat perubahan terhadap teknologi yang digunakan,
Hjh Kelthom masih mempunyai inovasi dari segi mempelbagaikan barangan keluaran yang berasaskan tenunan songket. Hjh Kelthom ada mengeluarkan barangan seperti bekas pensil dan beg yang ditenun motif songket.
Menurut Hjh Kelthom, kebanyakkan pengiktirafan yang diterima adalah dibawah nama Hjh Che Minah Binti Hj Omar iaitu ibu beliau. Beliau adalah sebagai wakil kepada segala anugerah yang diterima oleh ibunya.
Pengiktirafan ke atas kepakaran
Hjh Kelthom pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Wanita Kelantan.
Puan Hajah Che Minah Binti Haji Omar telah menerima penghargaan Seri Cempaka (Pewaris Industri Kraf). Anugerah disampaikan sempena sambutan Hari Wanita 2001.
Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
- Hari Kraf Kebangsaan 2013 (27 feb-11mac) yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.
- Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
- Fair Price Shops Awards (Anugerah Kedai Harga Patut) 2010.
- Penghargaan telah diberikan keatas premis Pantas Batik & Enterprise yang bertempat di Kampung Penambang, Kota Bharu Kelantan.
- Che Minah Songket telah berjaya memenuhi kriteria penilaian sebagai kedai harga patut dalam kategori batik songket. Pemilihan ini juga melibatkan kerjasama daripada kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan. Premis Che Minah Songket juga mendapat anugerah sebagai Industri Pelancongan Negeri Kelantan (Kelantan Tourism Industri Awards 2008) dalam kategori songket daripada Perbadanan Pelancongan Negeri Kelantan.
Pencapaian kerjaya
Sehingga sekarang
- Che Minah Songket telah mempunyai seramai enam belas orang pekarja.
- Empat daripadanya merupakan pekerja tetap manakala selebihnya merupakan pekerja sambilan yang hanya mengambil upah menenun songket dari rumah.
Dokumentasi
- Che Minah Songket juga turut menjadi perhatian kepada media-media tempatan untuk dijadikan sumber rujukan sebagai sebuah pusat membuat songket.
- Pada tahun 2013, beberapa dokumentari tentang Che Minah Songket telah disiarkan di RTM.
- Selain itu, lokasi atau galeri Che Minah Songket sering menjadi lokasi penggambaran untuk drama-drama tempatan.
- Media TV3 juga turut menggunakan lokasi Che Minah Songket untuk penggambaran drama bersiri. Airasia magazine september 2013 (Fireflyz). Che Minah Songket ada disebut dalam majalah Fireflyz sebagai sebuah pusat songket dan tenun yang terkenal di Kelantan. History Channel’s Program “Ride & Seek”. Episod pertama dokumentari ini disiarkan pada 10 jun 2013 manakala rancangan yang berkaitan Che Minah Songket telah disiarkan pada episod ketiga.
Biodata Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin