Berkemahiran dan Pakar dalam Bidang Kraf Warisan - Tenunan Songket  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Hjh kelthom meneruskan perusahaan songket yang diwarisi daripada ibunya iaitu Che Minah Binti Haji Omar. Che Minah bergiat aktif dalam perusahaan membuat songket sehingga dapat membina sebuah perusahaan yang dikenali sebagai Che Minah Songket. Hjh kelthom telah mula berjinak secara langsung dalam bidang menenun songket sejak kecil lagi iaitu semasa beliau berumur sepuluh tahun dan sehingga kini beliau masih aktif menghasilkan songket dengan reka corak yang pelbagai bagi memenuhi kehendak pelanggan. 

Hjh. Kelthom banyak menerima tempahan membuat songket daripada orang persendirian yang terdiri daripada kalangan kerabat diraja. Tempahan songket yang dibuat adalah yang diminta secara khusus iaitu mengikut reka corak yang dibawa khas oleh pihak tertentu. 

Corak eksklusif yang diguna khas oleh golongan kerabat diraja seperti corak bunga ‘kore’ atau kukuran dan bunga padi. Hjh.kelthom pernah menerima tempahan daripada sultan negeri Kelantan dan raja negeri Perlis dan contoh khusus ini masih ditempah secara berterusan untuk majlis-majlis istiadat diraja Kelantan. 

Beliau juga menerima tempahan daripada pihak-pihak tertentu seperti pihak IPTA seperti USM dan UTM. Tempahan lebih menjurus kepada menenun songket pada uniform dan jubah. Songket Che Minah juga turut menembusi pasaran antarabangsa iaitu sehingga ke Brunei. 

Terdapat dua kelas reka corak yang digunakan oleh Hjh kelthom iaitu reka corak yang digunakan khas untuk golongan kerabat diraja dan corak biasa yang digunakan oleh golongan orang biasa. Untuk reka corak yang digunakan oleh kerabat diraja seperti bunga kore atau ‘kukuran’ dan bunga padi. 

Manakala untuk golongan biasa akan digunakan reka corak seperti bunga dalam kandang, bunga penuh dan bunga tabur. Menurut Hjh Kelthom terdapat lebih kurang sepuluh jenis reka corak yang digunakan dalam menghasilkan songket. Reka corak songket juga digunakan keatas pembuatan pada corak kain sampin dan pakaian. 

Dari Segi Pembuatan Sampin Che minah songket telah menerima tempahan dari dua pihak parti parti politik. Kain sampin UMNO telah ditempah sempena mesyuarat bahagian UMNO manakala Che Minah Songket mendapat tempahan daripada pihak PAS iaitu ketika menjelang muktamar tahunan PAS ke-57. Hjh Kelthom masih mengekalkan penggunaan peralatan tradisional sebagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkan songket. Hal ini bagi memastikan setiap hasil tenunan songket mencapai kekemasan yang mencapai standard. Walaupun tidak membuat perubahan terhadap teknologi yang digunakan, 

Hjh Kelthom masih mempunyai inovasi dari segi mempelbagaikan barangan keluaran yang berasaskan tenunan songket. Hjh Kelthom ada mengeluarkan barangan seperti bekas pensil dan beg yang ditenun motif songket. Menurut Hjh Kelthom, kebanyakkan pengiktirafan yang diterima adalah dibawah nama Hjh Che Minah Binti Hj Omar iaitu ibu beliau. Beliau adalah sebagai wakil kepada segala anugerah yang diterima oleh ibunya.

Pengiktirafan ke atas kepakaran 

Hjh Kelthom pernah mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Wanita Kelantan. 
Puan Hajah Che Minah Binti Haji Omar telah menerima penghargaan Seri Cempaka (Pewaris Industri Kraf). Anugerah disampaikan sempena sambutan Hari Wanita 2001. 

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
  • Hari Kraf Kebangsaan 2013 (27 feb-11mac) yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia. 
  • Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia 2012 yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). 
  • Fair Price Shops Awards (Anugerah Kedai Harga Patut) 2010. 
  • Penghargaan telah diberikan keatas premis Pantas Batik & Enterprise yang bertempat di Kampung Penambang, Kota Bharu Kelantan. 
  • Che Minah Songket telah berjaya memenuhi kriteria penilaian sebagai kedai harga patut dalam kategori batik songket. Pemilihan ini juga melibatkan kerjasama daripada kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan. Premis Che Minah Songket juga mendapat anugerah sebagai Industri Pelancongan Negeri Kelantan (Kelantan Tourism Industri Awards 2008) dalam kategori songket daripada Perbadanan Pelancongan Negeri Kelantan. 

Pencapaian kerjaya Sehingga sekarang 
  • Che Minah Songket telah mempunyai seramai enam belas orang pekarja. 
  • Empat daripadanya merupakan pekerja tetap manakala selebihnya merupakan pekerja sambilan yang hanya mengambil upah menenun songket dari rumah. 

Dokumentasi 
  • Che Minah Songket juga turut menjadi perhatian kepada media-media tempatan untuk dijadikan sumber rujukan sebagai sebuah pusat membuat songket. 
  • Pada tahun 2013, beberapa dokumentari tentang Che Minah Songket telah disiarkan di RTM. 
  • Selain itu, lokasi atau galeri Che Minah Songket sering menjadi lokasi penggambaran untuk drama-drama tempatan. 
  • Media TV3 juga turut menggunakan lokasi Che Minah Songket untuk penggambaran drama bersiri. Airasia magazine september 2013 (Fireflyz). Che Minah Songket ada disebut dalam majalah Fireflyz sebagai sebuah pusat songket dan tenun yang terkenal di Kelantan. History Channel’s Program “Ride & Seek”. Episod pertama dokumentari ini disiarkan pada 10 jun 2013 manakala rancangan yang berkaitan Che Minah Songket telah disiarkan pada episod ketiga.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 04, 2014 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

1 ulasan

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ahad, Januari 14, 2018

Catat Ulasan

Catat Ulasan