Sumbangan Hajah Kelthom dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan Kemahiran Kelebihan atau kemahiran menenun songket yang dimiliki oleh Hjh Kelthom telah diwariskan kepada anak-anak saudara beliau. Anak saudara beliau dilihat sangat berminat meneruskan perusahaan menenun songket. 

Selain itu, beliau juga ada memberi tunjuk ajar atau bengkel bagi menurunkan kemahiran beliau menenun songket kepada sebuah institusi. Institusi ini ialah Institusi Kraf Negara. Pelajar dari institusi ini akan didedahkan dengan kemahiran menenun songket dalam jangkamasa selama tiga bulan. 

Setiap tahun Che Minah Songket akan menerima seramai tiga orang pelajar yang mengambil kursus dalam bidang tekstil untuk diajar dan diberi latihan. 

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu 
  • Hjh Kelthom melibatkan diri dalam program promosi semasa penganjuran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) (27 feb hingga 11 mac) bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 
  • Satu Daerah Satu Industri (SDSI), yang bertempat di MITC, Negeri Melaka pada 9 hingga 11 disember 2011. 
  • Promosi kerja kahwin di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada bulan 6 tahun 2011.
  • Jualan promosi aidilfitri di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 20 hingga 31 ogos 2010. 

Che minah songket sering menjadi tumpuan sebagai sumber rujukan kepada para penggemar songket, para akademik, pelajar IPTA terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan tekstil. Hjh Kelthom sebagai pemilik Che Minah Songket juga menjadi pakar rujuk kepada pelancong asing yang datang mengunjungi che minah songket. Che Minah Songket telah menjadi tumpuan sebagai salah sebuah pusat pelancongan yang perlu dikunjungi dalam jadual pelancongan kepada pelancong asing.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Disember 04, 2014 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan