Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Siow Ho Phiew
En. Siow Ho Phiew menurunkan kemahiran yang dimilikinya melalui latihan yang diberikan kepada pekerjanya.
Beliau juga menurunkan kemahiran pembuatan patung dan kesenian tarian singa kepada ahli Persatuan tarian Singa Selangor, dimana beliau sebagai pengerusi persatuan berkenaan.
Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
En. Siow Ho Phiew pernah menjayakan aktiviti kesenian dan demonstrasi anjuran Kraftangan Malaysia, antaranya:
- Persembahan kesenian tarian singa dan demonstrasi pembuatan patung sempena Hari Kraf Kebangsaan, Promosi kraf Tekstil, Promosi kraf Hasil Rimba dan Promosi Kraf Malaysia (peringkat negeri).
- Disamping itu juga beliau turut mengadakan persembahan tarian singa anjuran agensi-agensi terlibat seperti Tourism Malaysia, Jab. Kebudayan dan Kesenian Negara, Jab. Warisan Malaysia dan Istana Budaya
Menjadi pakar rujuk
En. Siow Ho Phiew sering menjadi sumber rujukan di kalangan persatuan tarian singa di dalam dan luar Malaysia.
Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
Faktor mendorong beliau supaya terus berada dalam pembuatan patung singa ini ialah beliau mahu memastikan seni pertukangan tradisional ini menjadi salah satu seni yang dikenali dan dihargai di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Malaysia.
Penyertaan dan kegiatan dalam masyarakat setempat
Pernah dilantik sebagai pengerusi Persatuan tarian Singa & Naga Antarabangsa yang pertama (1992) iaitu Pengerusi Persatuan Tarian Singa Selangor.
Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Siow Ho Phiew
Penghasilan Karya / Reka Cipta
En. Siow Ho Phiew berkemahiran dalam pembuatan patung singa yang digunakan semasa persembahan tarian singa semasa menyambut Tahun Baru Cina.
Kemahiran dan pertukangan En. Siow Ho Phiew membuatkan beliau sering menerima tempahan patung singa dari dalam dan luar Malaysia.
Beliau mengabungan unsur Malaysia dalam penghasilan patung singa apabila menggunakan kain batik sebagai ragamhias pada kepala dan badan patung singa.
Tahap Penghasilan Karya / Reka Cipta
Pasaran Khusus (Niche market)
En. Siow Ho Phiew sering menerima tempahan dari pengedar yang akan menguruskan penghantaran ke seluruh dunia. Beliau akan menerima tempahan yang banyak apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina.
Karya / Reka Cipta yang menjadi ikutan (trend-setter)
Patung singa yang dihasilkan oleh beliau sering menjadi ikutan di kalangan pembuat patung tersebut kerana penggunaan bahan lain seperti kain batik dan kombinasi warna dalam penghasilan patung.
Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Penggunakan kain batik pada hiasan kepala dan badan singa bagi menggantikan kain warna-warni yang biasa digunakan oleh pembuat patung yang lain.
Pengiktirafan ke atas kepakaran
- Menerima Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012.
- Pencapaian kerjaya En. Siow Ho Phiew bukan sahaja mahir dalam membuat patung singa malah beliau juga menjadi guru kesenian tarian singa. Kini, beliau merupakan salah seorang pembuat patung singa dan guru tarian singa yang tersohor di dunia.
- Sering mendapat tempahan di dalam dan luar Malaysia :
- Tahun 1999 : Kerjasama antara pasukan Malaysia dan China dalam membina gendang terbesar di dunia dan mendapat pengiktirafan dalam Guinness World Records.
- Pada tahun 2007, beliau telah memimpin seramai 150 pasukan tarian singa aliran Lu ke Hongshan, Provinsi Guangdong untuk mengadakan upacara penghormatan di atas kematian Sifu Lu. Upacara ini telah dirakan dan disiarkan oleh ‘The Discovery Channel’
Dokumentari
En. Siow Ho Phiew sering mendapat perhatian oleh pihak media cetak dan elektronik, antaranya:
- Saluran The Discovery Channel
- Dokumentasi “Sejarah Tarian Singa “ (The History Lion Dance ) telah disiarkan dalam kabin MAS pada bulan Ogos 2008.
- Berita Harian Utusan Malaysia
Pelantikan Adiguru Kraf 2012 - Siow Ho Phiew
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Siow Ho Phiew
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin

