Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penghasilan Karya / Reka Cipta 
En. Siow Ho Phiew berkemahiran dalam pembuatan patung singa yang digunakan semasa persembahan tarian singa semasa menyambut Tahun Baru Cina. Kemahiran dan pertukangan En. Siow Ho Phiew membuatkan beliau sering menerima tempahan patung singa dari dalam dan luar Malaysia. Beliau mengabungan unsur Malaysia dalam penghasilan patung singa apabila menggunakan kain batik sebagai ragamhias pada kepala dan badan patung singa. 

Tahap Penghasilan Karya / Reka Cipta 
Pasaran Khusus (Niche market) 
En. Siow Ho Phiew sering menerima tempahan dari pengedar yang akan menguruskan penghantaran ke seluruh dunia. Beliau akan menerima tempahan yang banyak apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina. 

Karya / Reka Cipta yang menjadi ikutan (trend-setter) 
Patung singa yang dihasilkan oleh beliau sering menjadi ikutan di kalangan pembuat patung tersebut kerana penggunaan bahan lain seperti kain batik dan kombinasi warna dalam penghasilan patung. 

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta 
Penggunakan kain batik pada hiasan kepala dan badan singa bagi menggantikan kain warna-warni yang biasa digunakan oleh pembuat patung yang lain. 

Pengiktirafan ke atas kepakaran 
  • Menerima Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012. 
  • Pencapaian kerjaya En. Siow Ho Phiew bukan sahaja mahir dalam membuat patung singa malah beliau juga menjadi guru kesenian tarian singa. Kini, beliau merupakan salah seorang pembuat patung singa dan guru tarian singa yang tersohor di dunia. 
  • Sering mendapat tempahan di dalam dan luar Malaysia :
  • Tahun 1999 : Kerjasama antara pasukan Malaysia dan China dalam membina gendang terbesar di dunia dan mendapat pengiktirafan dalam Guinness World Records. 
  • Pada tahun 2007, beliau telah memimpin seramai 150 pasukan tarian singa aliran Lu ke Hongshan, Provinsi Guangdong untuk mengadakan upacara penghormatan di atas kematian Sifu Lu. Upacara ini telah dirakan dan disiarkan oleh ‘The Discovery Channel’ 
Dokumentari 
En. Siow Ho Phiew sering mendapat perhatian oleh pihak media cetak dan elektronik, antaranya: 
  • Saluran The Discovery Channel 
  • Dokumentasi “Sejarah Tarian Singa “ (The History Lion Dance ) telah disiarkan dalam kabin MAS pada bulan Ogos 2008. 
  • Berita Harian Utusan Malaysia

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Disember 18, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan