Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

En. Siow Ho Phiew menurunkan kemahiran yang dimilikinya melalui latihan yang diberikan kepada pekerjanya. Beliau juga menurunkan kemahiran pembuatan patung dan kesenian tarian singa kepada ahli Persatuan tarian Singa Selangor, dimana beliau sebagai pengerusi persatuan berkenaan. 

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
En. Siow Ho Phiew pernah menjayakan aktiviti kesenian dan demonstrasi anjuran Kraftangan Malaysia, antaranya: 
  • Persembahan kesenian tarian singa dan demonstrasi pembuatan patung sempena Hari Kraf Kebangsaan, Promosi kraf Tekstil, Promosi kraf Hasil Rimba dan Promosi Kraf Malaysia (peringkat negeri). 
  • Disamping itu juga beliau turut mengadakan persembahan tarian singa anjuran agensi-agensi terlibat seperti Tourism Malaysia, Jab. Kebudayan dan Kesenian Negara, Jab. Warisan Malaysia dan Istana Budaya 
Menjadi pakar rujuk 
En. Siow Ho Phiew sering menjadi sumber rujukan di kalangan persatuan tarian singa di dalam dan luar Malaysia. 

Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan 
Faktor mendorong beliau supaya terus berada dalam pembuatan patung singa ini ialah beliau mahu memastikan seni pertukangan tradisional ini menjadi salah satu seni yang dikenali dan dihargai di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Malaysia. 

Penyertaan dan kegiatan dalam masyarakat setempat 
Pernah dilantik sebagai pengerusi Persatuan tarian Singa & Naga Antarabangsa yang pertama (1992) iaitu Pengerusi Persatuan Tarian Singa Selangor.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Disember 18, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan