Serunai merupakan pelengkap kepada peralatan muzik tradisional. Encik Isa bin Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Isa di antara pemain dan pembuat serunai yang disegani terutama oleh masyarakat setempat. Dilahirkan pada tahun 1943, di Kampong Kebakat, Wakaf Baru, Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada perlu menghasilkan tiupan yang merdu, Pak Isa menitik beratkan penampilan sesebuah serunai yang bakal ditiupnya. Beliau mewarisi kebolehan bermain dan membuat serunai daripada ayahnya.
Kepakaran yang dimiliki oleh Pak Isa ini telah melayakkan belia memenangi pertandingan serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun 1994 dan 1997 dan pertandingan budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard pada tahun 1979. Beliau turut menerima gelaran kebudayaan Sri Setia daripada yang di Pertuan Agong pada tahun 1971. Bagi menghargai bakat dan kemahirannya, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF SERUNAI pada tahun 1997.
Alat tiupan yang mempunyai pipit berlapis-lapis di mana pelidahnya sebanyak 4 lapis yang diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk ku, dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng (bell shape). Badannya mungkin diceraikan kepada tiga bahagian. Mempunyai 7 lubang memetik hadapan dan satu lubang memetik di belakang. Ruang di antara lubang-lubang memetik itu biasanya dibalut dengan bulatan yang timbul. Piring penyandar bibir mulut dipasang hanya di bawah pipit. Kayu yang digunakan biasanya dipilih daripada kayu nangka, kayu lada dan kayu sira.
Pipit emas lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Bibir mulut pemain diletak atas piring penyandar dengan membuka dan menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan digunakan seupaya apabila lagu dimulakan bunyinya tidak pernah berhenti sehingga lagunya selesai. Digunakan untuk muzik mengiring wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling. Serunai anak digunakan pada ketika dulu mengiringi nyanyian dalam wayang kulit.
Serunai di Malaysia adalah unik dalam susunan pelidah yang digunakan iaitu dua lapisan kembar berjumlah 4 lapis kesemuanya. Diperbuat daripada daun lontar kering. Susunan pelidah bagi pipit serunai Malaysia menghasilkan kualiti suara yang tersendiri.
Latar Belakang Penglibatan Tokoh Dalam Kraf Serunai
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Isa Bin Samad
Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Isa Samad
Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori : Isa Bin Samad

- Pada tahun 1997 beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Serunai oleh Kraftangan Malaysia.
- Pada tahun 1994 dan 1997 beliau pernah menyertai Pertandingan Serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancong Malaysia dan berjaya menjadi johan.
- Pada tahun1979 beliau memenangi Pertandingan Budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard
- Pada tahun1971 beliau menerima sijil daripada Yang Dipertuan Agong dengan gelaran Kebudayaan Sri Setia.
Maklumat Berkaitan
- Definisi Tokoh Kraf Negara
- Definisi Adiguru Kraf
- Senarai Tokoh Kraf Negara
- Senarai Adiguru Kraf
- Senarai Adiguru Yang Tidak Aktif
- Adiguru Yang Telah Meninggal Dunia
- Biodata Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf
- Bidang Kraf Adiguru Dan Tokoh Kraf
- Manual Anugerah Tokoh Kraf Negara 2004
- Manual Pelantikan Adiguru Kraf Pindaan 2012
- Syarat & Perjanjian Pelantikan Adiguru Kraf 2012
Waktu
Who's Online
Jumlah Pengunjung
RSS Subscribe
Tokoh Kraf dan Adiguru Kraf
- Abdul Manan Bin Yakub
- Abdullah Bin Daud
- Abdullah Bin Muda
- Ainitisah Binti Bilal Din
- Aminah Binti Amat
- Andah a/k Lembang
- Azizah Binti Ismail
- Azizah Binti Mohamad Yusof
- Bangie a/k Embol
- Che Mud Bin Che Awang
- Dayang Norsalam Binti Pengiran Parsih
- Habibah Binti Zikri
- Hajah Kelthom Binti Haji Hussin
- Hasni Bin Ali
- Hawa Binti Ngah Salam
- Ibrahim Bin Ismail
- Ibrahim Bin Mohamad
- Isa Bin Samad
- Ishak Bin Kassim
- Jamawid Bin Hj. Soh
- Johnny a/k Barangan
- Lim Swee Kim
- Mahmood Bin Abdul Latif
- Manja Binti Ali
- Mat Yaacob Bin Awang Besar
- Md. Ghani Bin Mat
- Mohamed / Mohd Daud bin Yusoff
- Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
- Ngot Binti Bi
- Nik Rahimah Binti Nik Idris
- Nik Zainab Binti Nik Mohamed
- Norhaiza Bin Noordin
- Noriah Binti Mohd Ali
- Pandian Binti Sulaiman
- Pion Anak Bumbung
- Pojiah Binti Jaya
- Ramiah Binti Abdullah
- Ramlah Binti Ismail
- Rubangki Binti Mabok
- Sabnah Binti Dullah
- Salleh Bin Mohd
- Shafie Bin Jusoh
- Sheikh Omar Bin Sheikh Ibrahim
- Siow Ho Phiew
- Tengku Ibrahim Bin Tengku Wook
- V.N Ramadas a/l Vengdasalam
- Wan Abdullah Bin Wan Muda
- Wan Mustafa Bin Wan Su
- Wan Su Bin Othman
- Zainab / Ngah Binti Mamat
- Zamari / Zamri Bin Pandak Ahmad
- Zulkafly Bin Pandak Bedin