Latar Belakang Penglibatan Tokoh Dalam Kraf Serunai  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Che Isa bin Samat seorang peniup serunai dan pembuat serunai yang popular dalam Negeri Kelantan Darul Naim. Beliau bergiat aktif di dalam acara-acara persembahan yang dianjurkan oleh pihak swasta ataupun kerajaan. Jemputan-jemputan juga diterima dari pelbagai agensi untuk membuat persembahan.

Encik Isa mewarisi kemahiran ini daripada ayahnya. Sejak kecil lagi beliau mula memegang serunai dan belajar meniup serunai. Ketika beliau meningkat dewasa, beliau telah mahir meniup dan membuat serunai. Encik Isa terlalu banyak menyertai aktiviti dalam meningkatkan seni muzik tradisional. Pada tahun 1994 beliau telah menjuarai pertandingan serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan mengulangi kejuaraan tersebut pada tahun 1997.

Pada tahun 1971, beliau menerima sijil daripada Yang Dipertuan Agong dengan gelaran Kebudayaan Sri Setia. Tahun 1979 beliau memenangi pertandingan budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard. Setiap tahun beliau akan menyertai sebarang pertandingan mahupun persembahan biasa.

Di samping menyertai pertandingan beliau juga mengajar warisan ini kepada dua orang anaknya yang kini mahir di dalam bermain alat muzik lainnya seperti rebab, gendang, gong, gedombak dan pelbagai barangan muzik lainnya.

Kejayaan dan kemahiran beliau sering mendapat liputan dari media massa tempatan dan stesen televisyen. Beliau juga pernah dihantar ke Perancis selama 3 bulan setengah untuk demonstrasi meniup serunai.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan