Latar Belakang Kraf Serunai  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Alat tiupan yang mempunyai pipit berlapis-lapis di mana pelidahnya sebanyak 4 lapis yang diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit ialah tiub logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk ku, dengan bahagian bawahnya berbentuk loceng (bell shape). Badannya mungkin diceraikan kepada tiga bahagian. Mempunyai 7 lubang memetik hadapan dan satu lubang memetik di belakang. Ruang di antara lubang-lubang memetik itu biasanya dibalut dengan bulatan yang timbul. Piring penyandar bibir mulut dipasang hanya di bawah pipit. Kayu yang digunakan biasanya dipilih daripada kayu nangka, kayu lada dan kayu sira.

Pipit emas lapis itu dimasukkan ke dalam rongga mulut. Bibir mulut pemain diletak atas piring penyandar dengan membuka dan menutup lubang memetik. Kaedah pernafasan yang berpanjangan digunakan seupaya apabila lagu dimulakan bunyinya tidak pernah berhenti sehingga lagunya selesai. Digunakan untuk muzik mengiring wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling. Serunai anak digunakan pada ketika dulu mengiringi nyanyian dalam wayang kulit.

Serunai di Malaysia adalah unik dalam susunan pelidah yang digunakan iaitu dua lapisan kembar berjumlah 4 lapis kesemuanya. Diperbuat daripada daun lontar kering. Susunan pelidah bagi pipit serunai Malaysia menghasilkan kualiti suara yang tersendiri.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan