Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Isa Samad  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Encik Isa Bin Samat merupakan seorang tokoh yang mahir dalam membuat dan bermain alat muzik serunai. Mewarisi kemahiran ini daripada ayah beliau sejak dari kecil lagi dan kini pengalamannya telah menjangkau lebih kurang 40 tahun.

Pernah mendapat pendidikan formal di Sekolah Rendah Manek Tumpat, Kelantan.

Beliau terkenal dengan kebolehan meniup dan membuat serunai. Kemahiran ini diperturunkan kepada dua orang anaknya dan beliau turut mengajar kepada individu yang berminat.

Di samping menjaga kemerduan alunan serunai, Encik Isa turut menitik beratkan penampilan serunai yang ditiupnya. Oleh yang demikian beliau membuat dan mengukir sendiri alat muzik tradisional ini dengan menggunakan kreativiti seninya yang tersendiri.

Selain daripada menghasilkan serunai beliau turut dikenali sebagai pemain alat muzik tradisional yang disegani di Kelantan dan seluruh Negara.

Kemahiran beliau adalah :
i)  Boleh membuat dan bermain serunai.
ii) Berkebolehan bermaian rebab, gong, gendang dan gedombak.

Sepanjang penglibatan beliau di dalam kerjaya seni ini, beliau telah menyertai pelbagai aktviti, pertandingan dan persembahan yang diadakan dan telah menerima beberapa penghargaan dari pihak tertentu. Antara pencapaian beliau ialah :
  • Pada tahun 1997 beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Serunai oleh Kraftangan Malaysia.
  • Pada tahun 1994 dan 1997 beliau pernah menyertai Pertandingan Serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancong Malaysia dan berjaya menjadi johan.
  • Pada tahun1979 beliau memenangi Pertandingan Budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard
  • Pada tahun1971 beliau menerima sijil daripada Yang Dipertuan Agong dengan gelaran Kebudayaan Sri Setia. 
Kemahiran Encik Isa bermain dan menghasilkan alat muzik tradisional telah berjaya memartabatkan seni warisan bangsa ini.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan