Adiguru Kraf Serunai  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Serunai merupakan pelengkap kepada peralatan muzik tradisional. Isa bin Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Isa di antara pemain dan pembuat serunai yang disegani terutama oleh masyarakat setempat. Dilahirkan pada tahun 1943 di Kampung Kebakat Wakaf, Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada perlu menghasilkan tiupan yang merdu, Pak Isa menitik beratkan penampilan sesebuah serunai yang bakal ditiupnya. Di sinilah keunikan serunai hasil sentuhan kreatif Pak Isa. Beliau mewarisi kebolehan bermain dan membuat serunai daripada ayahnya.

Kepakaran yang dimiliki oleh Pak Isa ini telah melayakkan beliau memenangi Pertandingan Serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun 1994 dan 1997 serta Pertandingan Budaya Peringkat Negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard pada tahun 1979. Beliau turut menerima gelaran Kebudayaan Sri Setia daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1971.

Di samping menyertai pertandingan, beliau juga mengajar kemahiran warisan ini kepada dua orang anak beliau dan anak-anak muda di kampungnya. Di samping mahir membuat dan bermain serunai, beliau juga mahir bermain alat muzik tradisional lain seperti rebab, gendang, gong, gedombak dan pelbagai lagi. Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Serunai pada tahun 1997 bagi menghargai bakat dan kemahirannya.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan