Adiguru Kraf Sulaman Keringkam  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sulaman keringkam (kelingkan) terhasil dari kelembutan jari jemari dan kreativiti penciptanya yang jelas mempamerkan ketekunan, ketelitian serta kesabaran yang tinggi.

Pojiah binti Jaya, di antara tokoh terkenal dalam sulaman kelingkan dilahirkan di Kampung Tanjung, Sarawak pada tahun 1936. Beliau mempelajari kemahiran ini sejak berusia 17 tahun daripada ibunya iaitu seorang penyulam kelingkam yang terkenal ketika itu. Beliau menjadikan kemahiran ini sebagai pekerjaan sepenuh masa. Motif-motif hiasan yang digemari oleh Pojiah seperti Bunga Mawar, Bunga Bintang, Renda dan Tali Air.

Ketekunan dan kegigihan Pojiah telah menempatkan beliau sebagai salah seorang tokoh sulaman kelingkam yang terkenal dan ternama. Tempahan diterima daripada orang perseorangan dan juga pembesar negara di sekitar Sarawak dan Semenanjung serta Brunei. Di samping itu beliau turut menjadi pakar rujuk mengenai sulaman kelingkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Muzium Negeri Sarawak. Bagi menghargai jasa dan sumbangannya dalam seni warisan ini, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Sulaman Kelingkan pada tahun 1987. Pojiah telah meninggal dunia pada 12 Julai 2004.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan