Adiguru Kraf Tenunan Dastar  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sabah terkenal dengan hasil tenunan suku kaum etnik yang menjadi lambang budaya masyarakatnya. Di antara kain tenunan etnik yang terkenal ialah tenunan dastar yang dihasilkan oleh suku kaum Irranun dan dipakai pula oleh suku kaum Bajau. Kain tenunan dastar dijadikan pudong (tengkolok) oleh lelaki Bajau yang dipakai pada hari-hari perayaan atau upacara kebesaran lainnya.

Hajah Ramiah binti Abdullah dari suku kaum Irranun dilahirkan pada tahun 1933 di Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah merupakan penenun dastar yang terkenal di sekitar daerah Kota Belud. Beliau mewarisi kemahiran menenun dari ibunya pada usia remaja. Berbekalkan kemahiran ini beliau membantu menambah pendapatan keluarga. Keindahan alam sekitar dan keunikan budaya hidup suku kaum etnik di sekeliling beliau memberi inspirasi dalam menghasilkan reka corak dan ragam hias pada tenunan dastar. Di samping itu juga beliau mahir menenun kain Mugah dan kain sambitan.

Beliau turut melatih penenun-penenun muda dalam usaha memulihara dan memelihara seni kemahiran yang semakin dilupakan. Hasil tenunan beliau yang unik ini bukan sahaja sebagai pelengkap pakaian tradisional suku kaum Bajau, tetapi kini turut dijadikan sebagai alas meja, sarung kusyen dan pelbagai hiasan rumah. Pada tahun 1986, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tenunan Dastar bagi menghargai kemahiran seni yang beliau miliki. Beliau telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2010.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan