Adiguru Anyaman Daun Sal  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Anyaman daun sal adalah antara kegiatan kemahiran kerja tangan yang diusahakan di sekitar Kampung Paka, Terengganu. Daun sal yang lembut lebih mudah diproses dan menghasilkan anyaman yang halus dan tidak mudah reput. Di antara penganyam daun sal yang terkenal di Paka ialah Hajah Ramlah binti Ismail.

Daun sal diproses dan dikeringkan kemudian dianyam menjadi tudung saji dan bakul-bakul kecil yang dapat memenuhi keperluan harian. Beliau menghasilkan anyaman tudung saji yang dihias dengan pelbagai warna dan motif-motif menarik rekaan beliau seperti Bunga Cengkih, Bunga Pecah Lapan dan Tapak Sulaiman. Garapan kreativiti dan ilham Hajah Ramlah menyerlahkan penampilan setiap produk anyamannya. Hajah Ramlah membina keyakinan bahawa hasil kerja tangan ini mampu untuk dimajukan. Berpegang kepada prinsip hendak seribu daya, mahu seribu usaha beliau menerokai bidang kemahiran anyaman daun sal bersama-sama jiran-jiran dengan mengusahakan bengkel anyaman daun sal yang menjanjikan tambahan pendapatan keluarga. Adunan bakat seni dan semangat yang kental beliau membuahkan hasil. Hasil kerja tangan beliau dan rakan-rakan berjaya dipasarkan ke sekitar Terengganu dan Kuala Lumpur. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Anyaman pada tahun 1999. Beliau telah meninggal dunia pada 2002.

Artikel ini telah ditulis pada hari Jumaat , Jumaat, April 20, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan