Adiguru Kraf Ukiran Topeng / Patung  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Masyarakat orang asli merupakan antara suku kaum minoriti negara ini yang terkenal dengan pelbagai seni kemahiran tangan. Antara seni kemahiran yang telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara adalah ukiran patung dan topeng. Salah seorang pengukir patung yang terkenal ialah Pion anak Bumbung. Pion anak Bumbong merupakan anak jati Kampung Orang Asli Pulau Carey, Selangor dan dilahirkan pada 8 Ogos 1947. Beliau adalah dari kalangan masyarakat Mahmeri yang mengusahakan kraf ukiran kayu dengan membuat ukiran topeng dan patung hampir 40 tahun. Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang beliau.

Keunikan hasil rekaan patung dan topeng yang dihasilkan oleh beliau adalah dari ukiran tangan dan tidak menggunakan peralatan seperti mesin. Manakala bahan mentah yang digunakan ialah kayu Nyireh Batu yang banyak terdapat di pantai negeri Selangor. Ukiran kayu Nyireh Batu adalah satu hasil kraf yang dibanggakan oleh masyarakat Mahmeri kerana keunikan kayu tersebut dan ukiran merupakan kerja tangan yang amat sinonim dengan masyarakat Mahmeri.

Sehingga kini, banyak ilmu serta kemahiran diturunkan kepada anak beliau. Atas dasar kesedaran untuk mengekalkan warisan ini, beliau banyak mengajar golongan muda dan pelapis di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Kemahiran dan produk yang dihasilkan beliau turut mendapat pengikitrafan kerajaan dan pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Topeng/ Patung oleh Kraftangan Malaysia.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan