Sumbangan Lim Swee Kim Kepada Industri Kraf dan Masyarakat  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri daripada beliawanis yang datang dari seluruh negara. Selama lebih empat dekad beliau telah melatih lebih daripada 50 pelajar dan ada di antara mereka yang telah menjadi pengusaha sulaman.

Beliau juga pernah memberi tunjuk ajar sulaiman kepada pelajar dari luar negara seperti Korea Selatan, Jepun, Mongolia, Afrika can Amerika Syarikat. Pada tahun 2004 beliau telah menerima seorang pelatih dari Amerika Syarikat yang berjaya menguasai kemahiran menyulam dalam masa dua minggu. Dr. Jesicca Krakow belajar selama 8 jam setiap hari dengan bimbingan Puan Lim. Beliau berjaya menyulam sehelai baju kebaya sebelum berlepas pulang ke Amerika Syarikat.

Beliau menjadi jurutunjuk sulaman kepada kumpulan Pelatih dalam Skim Perantisan Kraf Warisan anjuran Kraftangan Malaysia.

Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood juga di antara pelanggan kenamaan Puan Lim yang selalu membuat tempahan kebaya. YAB Datin Seri Endon juga yang banyak memberi dorongan dan inspirasi kepada Puan Lim meneruskan kerjaya warisan ini.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan