Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Pion  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Beliau juga banyak melibatkan diri dalam pertandingan dan pameran di peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan. Pengalaman beliau selama lebih 40 tahun di dalam bidang ukiran kayu banyak memberikan kenangan tersendiri kepada beliau samada kenangan manis mahupun kenangan pahit.

Selain mendapat tempahan ukiran kayu daripada masyarakat tempatan, calon juga telah mendapat tempahan ukiran kayu daripada serata pelusuk tanahair termasuklah dari luar negara seperti Indonesia, Thailand, New Zealand, dan Australia.

Beliau juga pernah dijemput untuk mengadakan demonstrasi ukiran kayu di negara-negara terbabit bagi memudahkan masyarakat tempatan menilai seni kahalusan yang terdapat pada setiap hasil ukiran calon.

Beliau diberikan peluang memperkenalkan seni ukiran kayu Kaum Mahmeri dengan turut serta di dalam sesuatu acara kesenian kraftangan yang dianjurkan oleh badan badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan.

Beliau telah memasuki beberapa pertandingan ukiran kayu, antaranya ialah pertandingan ”Handicraft Product in Southeast Asia” anjuran UNESCO pada tahun 2004 yang diadakan di Thailand. Di dalam pertandingan ini, calon telah mendapat tempat pertama dengan hasil ukiran kayunya “ Moyang Harimau Berantai.

Pada tahun 2005, calon juga telah memasuki pertandingan ”Handicraft Product in Southeast Asia” anjuran UNESCO yang diadakan di Thailand. Di dalam pertandingan ini, calon telah mendapat tempat pertama dengan hasil ukiran kayunya “ Moyang Jenug Jerat Harimau.

Sehingga kini banyak ilmu, serta kemahiran diturunkan kepada anak beliau. Selain itu atas dasar dan kesedaran untuk mengekalkan warisan ini, beliau banyak mengajar golongan muda dan pelapis di Kampung. Sungai. Bumbun. Kebanyakan golongan pelapis ini telahpun berjaya dan menjadikan ukiran kayu ini sebagai sumber pendapatan mereka. Selain itu ukiran kayu ini juga menjadi sumber pendapatan utama beliau untuk menyara keluarga.

Sehingga ke hari ini, beliau memperlihatkan kegigihan dan kesungguhan penglibatan beliau serta memberi sumbangan yang berterusan ke arah membangun dan memartabatkan industri kraf negara. Beliau juga merupakan seorang yang berwibawa, mahir dan berpengetahuan dalam bidang kraf yang diceburi. Beliau juga tidak lokek dengan ilmu yang di ketahui. Bagi beliau, ilmu yang terdapat di dalam diri adalah salah satu warisan yang perlu di teruskan agar ianya kekal selamanya untuk tatapan masyarakat setempat.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan