Kepimpinan dan Ketokohan Adiguru Noriah  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Noriah binti Mohd Ali dilahirkan pada 19 Oktober 1934 di Kampung Pasir Durian dan ibu bapanya juga adalah anak jati di kampung ini. Daripada 6 orang adik beradiknya, hanya beliau dan adik perempuannya yang masih hidup. Semasa usia kanak-kanaknya, beliau tidak pernah bersekolah dan hanya memperolehi pendidikan agama secara tidak formal di samping membantu ibu bapanya di rumah.

Keistimewaan produk Kraf Tembikar Tembeling ialah keunikan tanah liatnya yang halus. Di Kampung. Pasir Durian ini terdapat sekeping tanah seluas enam ekar yang mengandungi tanah liat yang paling sesuai untuk pembuatan tembikar.

Bengkel kayu yang tersergam indah di sebelah rumahnya baru sahaja siap dibina pada Januari 2008 di bawah bantuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Beliau amat gembira dan selesa dengan bengkel yang merangkap ruang pameran ini berbanding dengan ruang bengkelnya dahulu yang daif dan sempit.

Kerana minat yang mendalam, beliau memberi komitmen sepenuhnya kepada bidang pembuatan tembikar ini. Setiap hari, beliau akan meluangkan masa dari pagi hingga tengahari dan juga selepas zohor hingga ke petang semata-mata mahu menyiapkan kerjanya dalam pembuatan tembikar ini.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan