Daya Kreativiti, Inovasi, Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Terdapat pelbagai motif corak yang digunakan pada permukaan tembikar seperti bunga sambar, tampok manggis, tapak pelanduk, tapak itik, pucuk rebung, bunga kelopak, belalang cucuk, bunga pecah empat dan bunga kipas. Acuan motif ini dibuat sendiri oleh beliau dengan menggunakan kayu yang keras. Peralatan-peralatan lain yang digunakan ialah batu untuk mengilatkan permukaan serta bilah kayu ukir untuk membuat corak silang.

Produk tembikar yang dihasilkan oleh beliau terdapat dalam pelbagai saiz dan pelbagai jenis produk tembikar seperti terenang, belanga, pasu, bekas buah dan pelbagai bentuk lama dan baru mengikut permintaan pelanggan.

Produk-produk ini boleh digunakan untuk memasak, menyimpan air, perhiasan dan perubatan tradisional.

Biasanya, beliau boleh menyiapkan set terenang (beserta penutup dan tapak) dalam masa 20 hari manakala untuk sebiji mangkuk yang ringkas boleh disiapkan dalam masa satu hingga dua hari.

Beliau yang berkahwin ketika berusia 21 tahun telah mewarisi kemahiran pembuatan tembikar ini daripada ibu mertuanya, Puan Sepian Binti Mat Amin.

Hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan tujuh orang anak iaitu empat orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kini, kesemua anaknya menetap di sekitar negeri Pahang dan beliau tinggal bersendirian di rumahnya.

Beliau juga pernah mengajar beberapa orang anak muda namun hanya seorang dua saja yang betul-betul konsisten kepada perusahaan ini.

Kraftangan Malaysia sering membawa beliau untuk mengadakan persembahan demonstrasi di beberapa majlis anjuran Kraftangan Malaysia seperti Perlis, Perak dan Pekan.

Beliau biasanya mendapat tempahan daripada Kraftangan Malaysia dan penduduk sekitar Pahang.

Selain tempahan, beliau juga sering menerima lawatan daripada pengunjung dari dalam atau luar negara.

Artikel ini telah ditulis pada hari Isnin , Isnin, April 23, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan