Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Tahap penghasilan karya / reka cipta
  • Johnny ak Barangan merupakan seorang pengusaha pembuatan parang ilang atau ‘mandau’. Parang ilang merupakan antara senjata yang digunakan suku kaum Iban, Kenyah dan Kayan di Sarawak. 
  • Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.
  • Selain menjadi senjata, parang ilang juga digunakan sebagai alat persembahan tarian ketika upacara-upacara adat. 
  • Mata parang ilang diperbuat daripada besi. Ia dibentuk dan dihias dengan ukiran serta lapisan tembaga.

Eksklusif 
  • Kemahiran beliau dalam pembuatan parang ilang ini telah mendapat tempat di kalangan orang ramai dan beliau turut menerima tempahan dari luar negeri Sarawak. 
  • Beliau juga pernah menjual parang tersebut kepada pelancong German dan Brunei. Semasa perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2012 tempoh hari DYMM Sultan Selangor turut berminat dengan hasil buatan parang ilang beliau.

Pasaran Khusus (Niche market)
Parang ilang dibuat dan digunakan sebagai cenderamata kepada orang-orang kenamaan. Selain daripada itu tempahan parang ilang sering diterima daripada orang-orang awam untuk kegunaan sendiri serta simpanan mereka. 

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta 
Encik Johnny turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni pembuatan Parang Ilang. Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan alatan ini dapat menpercepatkan proses pembuatan, namun kualiti dan keindahan parang ilang masih terus dikekalkan. 

Pengiktirafan ke atas kepakaran tokoh 
Beliau telah menerima anugerah khas Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta tokoh
Tempat pertama pertandingan kraf terbaik kategori logam semasa Hari Kraf Kebangsaan 2012.

Pencapaian Kerjaya
Hasil jualan produk kraf beliau pada tahun 2011 sejumlah RM17,965.00, manakala sehingga September 2012 sebanyak RM59,020.00.

Dokumentasi 
  • Kemahiran yang dimiliki beliau tidak hanya mendapat perhatian penduduk setempat malahan turut menarik minat media bagi tujuan pulisiti berkaitan seni dan budaya. Cerita dan artikel berkaitan beliau sering dan turut dimuatkan dalam Berita harian, Utusan Sarawak, Utusan Malaysia dan media-media tempatan Sarawak.
  • Selain itu, bengkel beliau turut dikunjungi oleh pelbagai pihak terdiri daripada pelajar universiti, sekolah, pelancung dalam dan luar negeri serta peminat seni budaya untuk mendapatkan maklumat cara dan bagaimana ‘parang ilang’ dibuat.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Disember 18, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan