Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Encik Jamawid tidak pernah mengenal erti jemu untuk menurunkan kemahiran pertukangan kraf besi kepada golongan muda yang berminat untuk mempelajari kemahiran ini .
Beliau merupakan Usahawan Tunjang bagi Projek SDSI Ukiran Parang Bajau Kg. Siasai Jaya, Kota Belud, Sabah dan tokoh/tenaga pengajar produk Parang Bajau.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu 

Beliau sering dijemput untuk mengikuti program anjuran Kraftangan Malaysia di peringkat domestik serta agensi agensi berkaiatan:

  • Hari Kraf Kebangsaan.
  • Promosi Kraf Kerja Kahwin.
  • Promosi Kraf Aidilfitri.
  • Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-belah
  • Program Latihan Industri
  • Progran Pembangunan Produk R&D
  • Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran 

Encik Jamawid sentiasa berusaha menambah ilmu bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karya atau reka ciptanya. Beliau juga pernah menghadiri bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.

Penyertaan dan kegiatan dalam masyarakat setempat 
Encik Jamawid juga bergiat aktif dalam setiap aktiviti kemasyarakat yang dianjurkan dikampung beliau. 

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Disember 18, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan