Berkemahiran dan Pakar Dalam Bidang Kraf Warisan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :


Tahap penghasilan karya / reka cipta 
Encik Jamawid Bin Hj Soh sering mengguna dan menggubah reka corak yang berunsurkan motif flora untuk disesuaikan dengan bentuk produk kraf mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.

Eksklusif
Produk yang dihasilkan pernah dijadikan cenderamata Tuan Yang Terutama (TYT) iaitu Tun Sakaran Dandai dan Tun Ahmad Sahah. Selain itu turut pernah dijadikan hadiah cenderamata untuk Ketua Menteri Sabah YAB.Datuk Seri Musa Aman dan beberapa orang Menteri kabinet Sabah dan persekutuan

Karya / reka cipta yang menjadi ikutan (menjadi trend-setter) 
Reka corak yang digubah oleh Encik Jamawid menggabungkan pelbagai motif tradisional dan geometri kontemporari khususnya huhu-hulu parang yang dihasilkan.

Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta 
Encik Jamawid turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni Kraf Besi (Pembuatan Parang). Ia bertujuan untuk meluaskan lagi pasaran. Penggunaan alatan ini dapat menpercepatkan proses pembuatan parang, namun kualiti dan keindahanya masih terus dikekalkan. 

Pengiktirafan ke atas kepakaran tokoh
Dikenali sebagai pakar parang dan digelar guru oleh pengusaha Parang Kota Belud.

Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta tokoh
Menjadi wakil pengusaha Parang Bajau Sama dalam mana-mana persidangan atau mesyuarat berkaitan pembanguan produk Parang Bajau Sama.

Pencapaian kerjaya tokoh 

  • Mendapat kepakaran dan kemahiran pertukangan daripada ayahnya iaitu Hj Soh Bin Juh yang telah menjadikan kerja pertukangan pembuatan Senjata sebagai sumber pendapatan utama sejak dahulu lagi.
  • Hasil jualan produk kraf beliau pada tahun 2011 sejumlah RM 154,115.00, manakala sehingga September 2012 sebanyak RM 304,000.00 

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Disember 18, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan