Sumbangan dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

En. Ramadas menurunkan kemahiran yang dimilikinya melalui latihan yang diberikan kepada 5 orang pembantunya terdiri daripada ahli keluarganya (isteri, anak dan menantu). 
Tenaga pengajar penuntut dari Universiti Teknologi Mara dalam program Latihan Industri sejak tahun 1990 hingga kini. 
Beliau juga turut menurunkan kemahiran kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi perusahaan kraf seramik india. Usaha beliau berhasil apabila salah seorang pekerjanya membuka kilang seramik di Jasin, Melaka. 

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu 
Dilantik sebagai juru tunjuk dan juru demo dalam kraf seramik india bagi program Pembagunan Usahawan anjuran Kraftangan Malaysia sejak tahun 2009. Beliau juga sering mengikuti aktiviti pembangunan anjuran Kraftangan Malaysia. Antara aktiviti yang disertai beliau adalah seperti Hari Kraf Kebangsaan (sejak tahun 2009), Promosi Kraf Seramik Promosi Kraf Hasil Rimba Promosi Kraf di peringkat negeri Bengkel Bimbingan dan Teknikal. 

Menjadi pakar rujuk
En. Ramadas menjadi sumber rujukan di kalangan tukang kraf seramik india setempat dalam meningkatkan kemahiran pertukangan dan teknik. 

Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran 
Beliau merupakan seorang yang berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan produk baru ciptaannya serta keusahawanan dengan mengikuti program yang diadakan oleh pihak tertentu.

Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan 
Faktor mendorong beliau supaya terus berada dalam industri seni kraf seramik india ini ialah beliau mahu memastikan seni pembuatan tradisional ini menjadi salah satu seni yang dikenali dan dihargai di kalangan masyarakat khususnya masyarakat india. 

Penyertaan dan kegiatan dalam masyarakat setempat 
Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kuil di kawasan penempatannya sejak tahun 1990 hingga kini. Sekitar tahun 1981 hingga 1982, beliau dilantik sebagai Pengetua Kelab Belia Tamil kawasan Asam Jawa.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, Disember 18, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan