Sumbangan Dalam Pembangunan Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Menurunkan kemahiran

Encik Zulkafly bersedia menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, mengajar serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat. Dalam usaha memastikan seni kraf  diteruskan di kalangan keluarga, beliau juga turut menurunkan kemahiran seni kraf pembuatan tembikar ini kepada anak perempuan dan lelaki beliau. Encik Zulkafly seorang yang bersungguh-sungguh di dalam mempertahan serta mengekalkan produk kraf warisan daripada pupus atau dilupakan. Oleh sebab itu beliau telah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak untuk melatih dan mengajar belia da beliawanis yang menganggur dan berminat dengan kraf. Disamping itu juga, beliau menunjukkan kesungguhan untuk terus meningkatkan kemahiran dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mendapatkan maklumat terbaru di dalam seni pembuatan produk kraf tembikar melalui pembacaan dengan bantuan buku-buku yang terdapat di perpustakaan Cawangan Perak.

Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu

Beliau juga pernah menyertai demonstrasi dalam program anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Perak sebagai juru demo dalam pembuatan kraf tembikar.

Menjadi pakar rujuk

Beliau juga sentiasa menyokong serta menjayakan aktiviti Kraftangan Malaysia dengan memberi khidmat penerangan dan tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke bengkel beliau untuk mempelajari teknik-teknik asas dalam pembuatan tembikar.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, Oktober 10, 2013 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan