Pengalaman, Penglibatan dan Pencapaian Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Kemahiran pertukangan kraf dan penglibatan beliau dalam memajukan bidang kraf Seni Tekatan Benang Emas telah mendapat pengiktarafan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila dilantik sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995 dan dilantik semula berkuat kuasa mulai 1 Disember 2006.

Pada tahun 1998, calon telah menerima Anugerah Yayasan Kesenian Negeri Perak oleh Yayasan Kesenian Negeri Perak kerana penglibatan beliau dalam kesenian seni kraf tekatan benang emas.

Anugerah Karyawan Perak Sepanjang Zaman pada 18 Julai 1998.

Pada Jun 2006, calon telah menerima Anugerah Usahawan Jaya, oleh Parlimen Kuala Kangsar dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan Jabatan-jabatan Kerajaan UMNO bahagian Kuala Kangsar.

Anugerah Penghargaan Pelancongan Negeri Perak pada 14 Julai 2007.

Menerima Anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada 6 Jun 2009 oleh yang dipertuan Agong.

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan