Kemahiran menenun ini diwarisi sejak zaman remaja lagi. Minat yang mendalam menyebabkan calon mudah menerima segala yang dipelajari. Sehingga kini calon merupakan satu-satunya pewaris Tenun Sutera Pahang yang masih aktif.
Beliau mendapat sokongan dan dorongan daripada keluarga untuk bergiat secara serius dalam bidang tenunan ini. Usaha yang tidak mengenal jemu dan putus asa ini telah membuahkan hasil. Beliau banyak menerima tempahan daripada kerabat diraja, pembesar-pembesar negara dan individu. Beliau juga adalah di antara penenun yang dikenali dan disegani.
Walaupun kemahiran beliau dalam bidang tenunan telah diketahui, namun demikian beliau masih berusaha menimba pengetahuan dengan menyertai pelbagai bengkel dan seminar antaranya:
- Bengkel Pewarnaan Semulajadi Sarawak anjuran PKKM
- Bengkel Tenun Ikat Pakan anjuran PKKM
- Bengkel Seni Gerus dan Seni Telepuk anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia
Artikel ini telah ditulis pada
hari Selasa
, Selasa, April 24, 2012
di bawah kategori
Natipah / Nortipah Binti Abdul Kadir
. Anda boleh mengikuti artikel ini melalui
comments feed
.
Catat Ulasan