Daya Kreativiti Dan Inovasi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sebagai penekat yang berkreativiti tinggi, Puan Azizah bertindak sebagai guru dan telah mencurahkan ilmu tekatannya kepada pelatih-pelatih Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) untuk melahirkan usahawan-usahawan dan tenaga mahir. Beliau telah ditugaskan sebagai tenaga pengajar bagi memperkembangkan seni kraf tekatan kepada generasi baru.

Pada tahun 1890, beliau dilantik sebagai pemaju Masyarakat dalam Bahagian Kelas Latihan (KLK) KEMAS Kuala Kangsar dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Perak dalam bidang tekatan benang emas selama 12 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai jurutunjuk oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1998. Puan Azizah juga pernah mewakili Malaysia di Pameran Antarabangsa (Asean Centre) di Tokyo, Jepun pada tahun 1984. Di Kompleks Budaya Kraf Langkawi pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai jurutunjuk cara-cara Kemahiran Seni tekatan. Pada tahun yang sama, beliau menyertai Pameran “Creative Cultures” di Singapore World Trade Centre.

Beliau juga pernah menyertai Projek Anak Angkat kepada penuntut-penuntut Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1998 serta menyertai Festival Pekan Seni Ipoh III 1998 dan Pesta Kesenian Perak. Dalam meningkatkan kemahiran bidang tekatan, beliau sering melakukan pengubahsuaian dalam seni kraf tekatan yang lebih kontemporari mengikut penawaran dan perkembangan dunia semasa.

Pada tahun 2000, beliau telah menyertai Pesta Kraf dan Seni Negeri Perak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta menyertai Pesta Seni dan Budaya Negeri Perak dan pameran di Lake Town Resort, Bukit Merah sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke Perak Darul Ridzuan pada 13 Jun 2000.

Beliau pernah menyertai pameran barangan tekat di Arab Saudi dan melawat Brunei, Indonesia (Bandung), Pulau Christmas, New Zealand dan Australia bagi meningkatkan kepakaran. Beliau menghadiri Eksposisi Kraf Tekstil di Hotel Shang Ri-La, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Yang Di Pertuan Agong yang ke–12 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) pada 27 Jun 2006.

Pada 26-30 November 2006, beliau telah mengadakan lawatan bagi menigkatkan kepakaran dalam bidang seni serta meluaskan perniagaan di Jakarta, Indonesia. Antara produk-produk yang hasilkan oleh beliau mendapat tempat di mata masyarakat tempatan dan Luar Negara adalah seperti set perkahwinan, kusyen, tudung saji, frame gambar, produk-produk cenderamata, kasut tekatan, baju layang tekatan, beg tangan dan jubah.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan