Pengalaman, Penglibatan Dan Pencapaian  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penglibatan Puan Azizah Binti Mohamad Yusuf dalam memajukan bidang kraf Seni Tekatan Benang Emas telah mendapat pengiktirafan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia apabila dilantik sebagai Adiguru Kraf Tekatan pada tahun 1995 dan dilantik semula berkuat kuasa mulai 1 Disember 2006.

Pada tahun 1998, beliau telah menerima Anugerah Yayasan Kesenian Negeri Perak oleh Yayasan Kesenian Negeri Perak kerana penglibatan beliau dalam kesenian seni kraf tekatan benang emas.

Beliau juga dianugerahkan sebagai Karyawan Perak Sepanjang Zaman pada 18 Julai 1998

Pada Jun 2006, beliau telah menerima Anugerah Usahawan Jaya, oleh Parlimen Kuala Kangsar dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan jabatan-jabatan Kerajaan UMNO bahagian Kuala Kangsar.

Beliau juga dianugerahkan Penghargaan Pelancongan Negeri Perak pada 14 Julai 2007

Beliau juga menerima Anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada 6 Jun 2009 oleh yang dipertuan Agong.

Pada tahun 1989, beliau dilantik sebagai tenaga pengajar latihan Kemahiran kepada peserta Persatuan Nelayan dan FELDA Peramu, Pahang.

Beliau juga dilantik sebagai tenaga pengajar Latihan KBSM bagi pelajar-pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar pada tahun 1990.

Beliau sentiasa dikunjungi oleh penuntut-penuntut sekolah dan Institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk program Kajian Warisan Kraf Tradisional dari Maktab Rendah Sains MARA, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya.

Pada 6 Disember 2003, beliau telah dijemput sebagai ahli panel program Gebang Seni di Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak, anjuran Yayasan Kesenian Perak dengan sokongan Balai Seni Lukis Negara dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Perak.

Pada April 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar anjuran Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM.

Pada 15-22 Mei 2006, beliau menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan KemahiranTekat di Resort Teluk Batik Lumut, Perak anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM

Jun 2006, calon menjadi tenaga pengajar dalam program Kursus Teknologi Rekabentuk dan Kemahiran Tekat di Hotel Orkid, Bandar Hilir, Melaka anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dengan kerjasama SIRIM

Beliau juga pernah dijemput menyertai gerak usahawan peringkat Negeri Perak 2007 da mewakili Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Kuala Kangsar pada 7 hingga 9 September 2007

Beliau dijemput mengadakan demonstrasi Tekatan Benang Emas sempena pameran Authentic Malaysia di Prancis pada 7-13 april 2008

Beliau pernah menyertai Showcase SDSI 2008 di MITC Ayer Keroh, Melaka

Beliau pernah dijemput ke Majlis Perasmian Hari Seniman 2009 dan mengadakan demonstrasi tekatan pada 27 Jun 2009

Beliau pernah mejadi tetamu undangan dalam program masakan ‘Kulinari Daisy Chef Liza 2009’ pada 16 Jun 2009.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan