Kepimpinan Dan Ketokohan  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Azizah Binti Mohamad Yusof memperolehi kemahiran awal seni Tekatan Benang Emas daripada warisan ibu dan nenek moyangnya yang banyak menerima tempahan daripada istana, para pembesar dan orang kaya di zaman 50'an serta menjadi mahir dalam mengasilkan tekatan yang bermutu tinggi. Ini merupakan berkat keberanian beliau dalam melaksanakan tempahan-tempahan tersebut.


Pada tahun 1960, beliau telah bergiat aktif dalam Pertubuhan Wanita di Setiawan dan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Air Tawar, Setiawan Perak. Sebagai wanita UMNO yang berkaliber dan berwawasan tinggi, beliau telah dilantik memegang beberapa jawatan dalam Pertubuhan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Diantaranya :

i) AJK Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar
ii) Ketua Wanita bagi Zon Kuala Kangsar
iii)Ketua Biro Kebajikan Wanita Bahagian Kuala Kangsar
iv) Ketua Biro Ekonomi Wanita Bahagian Kuala Kangsar

Beliau juga bergiat cergas dalam Petubuhan PUSPANITA Kuala Kangsar sebagai ahli Jawatankuasa. Selain itu beliau menyumbang tenaga dalam Pertubuhan PEMADAM 94 sebagai Ahli Jawatankuasa. Pua Azizah juga aktif dalam memajukan kampung tempat tinggal beliau iaitu Kampung Padang Changkat. Beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Surau dan telah memimpin masyarakat kampung dan pelopor kepada kerja kebajikan kampung seperti :

i) Ketua Kumpulan Pembaca Surah Yasin
ii) Ketua Kumpulan Marhaban
iii)Ketua Kumpulan Berzanji
iv) Ketua Kumpulan Nasyid

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan