Daya Kreativiti Dan Inovasi  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Pada peringkat awal penglibatan Puan Ramiah Binti Abdullah dalam bidang tenunan, beliau banyak menggunakan bahan semulajadi yang diproses sendiri iaitu penggunaan benang daripada serat nenas. Beliau turut menyediakan bahan pewarna dari sumber alam untuk mewarna benang yang akan ditenun. Beliau juga menghasilkan reka corak dari motif binatang (ayam dan kuda) yang biasanya menjadi kebanggaan suku kaum Bajau. Selain itu, beliau turut memasukkan motif geometri di dalam tenunannya.

Oleh kerana permintaan terhadap kain dastar semakin meluas, Puan Ramiah telah mempelbagaikan reka corak agar ianya boleh dijadikan produk lain seperti alas meja, kusyen dan hiasan dinding. Kreativiti Puan Ramiah mendapat perhatian daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Beliau juga berkemahiran menenun kain Mugah, Baraguru, Ampik, Tapak Sila dan kain Sambitan. Selain daripada menenun beliau juga mempunyai kemahiran membuat tudung saji dari daun serdang dan menganyam tikar pandan.

Artikel ini telah ditulis pada hari Rabu , Rabu, April 25, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan