Latar Belakang Kejayaan dan Pencapaian Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Hajah Azizah binti Mohamad Yusof merupakan seorang penggiat dan pencinta seni kraf tanahair terutamanya seni sulaman benang emas yang menjadi warisan turun temurun beliau. Dilahirkan pada 28 Januari 1938 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Berpendidikan Darjah 6, Sekolah Inggeris dan kini pengusaha sulaman benang emas sepenuh masa. Menerima kemahiran dari ibu beliau dan diwarisi kepada dua orang anak beliau yang masih muda. Pernah menjadi guru KEMAS selama 10 tahun dan bergiat cergas dalam aktiviti perkumpulan wanita setempat. Semasa menjadi guru KEMAS, tugas beliau adalah mengajar dan mendidik masyarakat wanita Kuala Kangsar berkenaan teknik-tekik menekat. Rata-rata penduduk kampung mengenali beliau sebagai Cikgu Azizah.

Beliau juga adalah pengerusi perkumpulan wanita di Kuala Kangsar dan setiausaha perkumpulan wanita UMNO bahagian Kuala Kangsar. Keaktifan dan kegigihannya tidak menyekat minat beliau terhadap seni sulaman benang emas. Beliau sering dijemput menyertai pameran-pameran peringkat negara-negara di dunia. Antara pameran-pameran yang disertai adalah pameran dan jualan karnival Singapura, pameran sempena johan karnival, pameran dan jualan di Muzium Ipoh Perak, sempena perasmian Bukit Cahaya Seri Alam, beliau sekali lagi dijemput menyertai pameran dan jualan. Ekspo di Pulau Pinang, beliau juga turut melibatkan diri dalam pameran dan demonstrasi.

Pada tahun 1990, sempena pembukaan muzium Pasir Salak Perak, Puan Hajah Azizah tidak ketinggalan turut serta menyertai pameran, manakala Universiti Malaya juga turut mengundang Puan Hajah Azizah dalam demonstrasi sempena konvokesyen universiti tersebut. Kejayaan utamanya adalah jemputan Ekspo Malaysia di Tokyo, Jepun pada tahun 1984 anjuran LPPM.

Latihan-latihan juga turut diberikan secara non-formal kepada beliawanis Malaysia secara tidak rasmi selama 6 bulan setiap tahun anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Kejayaan inilah menjadikan Puan Hajah Azizah popular dan sering menerima tempahan dari orang awam dan juga pembesar-pembesar negara antaranya, muzium-muzium di seluruh negara, LPPM dan negara Brunei Darul Salam.

Kegigihan inilah menjadikan Puan Azizah dilantik sebagai Adiguru Kraf oleh pihak PKKM. Beliau juga berjaya memberi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan sepenuhnya kepada anak-anak beliau. Kelapan-lapan anak beliau adalah graduan universiti dan mempunyai pekerjaan masing-masing. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan kedai khas untuk jualan barangan cenderamata, jahitan dan kraf iaitu Gesamas Sdn. Bhd yang bertanggungjawab mengendalikan tempahan dan pemasaran barangan tekatan sulaman benang emas atau tekatan.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan