Kepimpinan dan Ketokohan Azizah Yusof  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Puan Hajah Azizah memperolehi kemahiran awal seni Tekatan Benang Emas daripada warisan ibu dan nenek moyang yang banyak menerima tempahan daripada istana, para pembesar dan orang kaya di zaman 50an serta menjadi mahir dalam mengasilkan tekatan yang bermutu tinggi. Ini merupakan berkat keberanian beliau dalam melaksanakan tempahan-tempahan tersebut.

Pada tahun 1960, calon telah bergiat aktif dalam Pertubuhan Wanita di Setiawan dan telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Air Tawar, Setiawan Perak.

Sebagai wanita UMNO yang berkaliber dan berwawasan tinggi, beliau telah dilantik memegang beberapa jawatan dalam Pertubuhan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. Diantaranya :
  •    AJK Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar
  •    Ketua Wanita bagi Zon Kuala Kangsar
  •    Ketua Biro Kebajikan Wanita Bahagian Kuala Kangsar
  •    Ketua Biro Ekonomi Wanita Bahagian Kuala Kangsar
Beliau juga bergiat cergas dalam Petubuhan PUSPANITA Kuala Kangsar sebagai ahli Jawatankuasa.

Selain itu beliau menyumbang tenaga dalam Pertubuhan PEMADAM 94 sebagai Ahli Jawatankuasa.

Beliau juga aktif dalam memajukan kampung tempat tinggal beliau iaitu, Kg. Padang Changkat. Beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Surau dan telah memimpin masyarakat kampung dan pelopor kepada kerja kebajikan kampung seperti: 
  •    Ketua kumpulan Pembaca Surah Yasin
  •    Ketua Kumpulan Marhaban
  •    Ketua Kumpulan Berzanji
  •    Ketua Kumpulan Nasyid

Artikel ini telah ditulis pada hari Selasa , Selasa, April 24, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan