Sumbangan Tengku Ibrahim dalam Industri Kraf Negara  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Sumbangan yang diberikan Tengku Ibrahim sememangnya tinggi kepada negara. Sumbangan utama beliau adalah pendidikan yang diberikan kepada masyarakat. Pertamanya Tengku Ibrahim dengan rela hati mendidik anak-anak muda dalam mendalami bidang ukiran. Pengalaman beliau sanggup mendirikan rumah kediaman bagi pelatih-pelatih beliau.

Disamping mendidik, Tengku Ibrahim juga di masa lampau mendidik pelajar-pelajar RIDA dan PKKM. Sumbangan lainnya Tengku Ibrahim juga melibatkan diri dalam kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terutamanya mengembangkan peristilahan serta hasilan buku. Antaranya "Craft of Malaysia" ianya hasilan Datuk Sri Marina Mahathir kini menjadi sumber rujukan utama pencinta ukiran lain. Rupa dan Jiwa hasilan Syed Ahmad Jamal juga memuatkan serta mendapatkan bantuan dari Tengku Ibrahim.
  • Mula melibatkan diri dalam bidang ukiran kayu ketika berusia 16 tahun. Berjinak-jinak hanya dengan mengukir bahan-bahan yang mudah dan kasar seperti tingkap rumah dan kepala katil.
  • Setelah berguru dengan lebih mendalam Tengku Ibrahim mula berjinak-jinak dengan mengukir barang-barang halus seperti ulu keris dan sarung keris. Ternyata hasil pertama beliau bermutu tinggi.
  • Selepas antara 2 dan 3 tahun mengukir secara kecil-kecilan Tengku Ibrahim membuka bengkel di belakang rumah bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat.
  • Setelah perniagaan beliau meningkat maju Tengku Ibrahim berusaha pendekatan sendiri bagi mengukir dengan lebih halus dan berseni.
  • Kreativiti, keunikan dan kesenian ukiran Tengku Ibrahim mula berkembang dan masyur sehingga menerima tempahan-tempahan pembesar negara dan kemajuan-kemajuan negeri.
  • Hasil ukiran tengku Ibrahim sangat popular dan terkenal dan beliau sering menerima tempahan-tempahan dari orang perseorangan dan swasta.
  • Tengku Ibrahim juga mendirikan sebuah rumah bagi pelajar-pelajar yang ingin menuntut dan mempelajari ilmu ukiran halus daripada beliau.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan