Kreatif Dalam Penghasilan Ukiran  

Ditulis oleh : Bahagian Pemuliharaan Kategori :

Penglibatan Tengku Ibrahim adalah dalam bidang yang amat berseni dan rumit. Antara hasilan dan rekaan beliau adalah :

1) Ulu Keris
2) Sarong Keris
3) Tongkat
4) Kotak Cenderamata
5) Sarung Pedang
6) Ulu Pisau
7) Pelbagai

Selain daripada itu juga, Tengku Ibrahim mahir dalam membuat alatan mengukir seperti pisau ukir, lidi ukir, pahat dan sebagainya. Setiap hasilan Tengku Ibrahim mempunyai falsafah yang tersendiri antaranya awan larat yang membawa maksud kurniaan ilahi dan pucuk ataupun sulur kacang, satu elemen yang tidak menyentuh elemen lain bermaksud, kehidupan manusia yang sering bergantung rapat. Setiap pucuk-pucuk tidak menjulang tinggi membawa maksud kehendak manusia kepada Maha Esa.

Artikel ini telah ditulis pada hari Khamis , Khamis, April 19, 2012 di bawah kategori . Anda boleh mengikuti artikel ini melalui comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan